Monday, April 15, 2013

#PRU13 : Kerana “Gagap” Merancang, Lebih 500,000 Rakyat Sedang Menyumpah Khalid?



Khalid-Air-Selangor




Saya yakin lebih setengah juta rakyat Selangor dan Lembah Klang kini sedang menyumpah-nyumpah nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” ekoran gangguan bekalan air yang sedang dihadapi sejak dua hari lepas yang dikatakan akan berlarutan selama seminggu lamanya.

Saya juga yakin bahawa 500,000 penduduk di negeri dan wilayah termaju itu mungkin sedang menunggu lori-lori tangki air SYABAS di depan kediaman masing-masing bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan masing-masing.

Media baru-baru ini melaporkan tentang insiden paip pecah berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu, Batu Caves, ekoran kesan hujan lebat selama lima jam yang mengakibatkan hakisan teruk berlaku dan menghentam paip air lama berukuran 2.0 meter di situ.

Antara 28 kawasan yang terlibat di sekitar Kuala Lumpur ialah Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.

Selain itu, 55 kawasan di sekitar Ampang turut terjejas antaranya Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang dan Ukay Heights turut terjejas.

Maklumat memberitahu bahawa keadaan itu memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk dibaik pulih. Teruklah kehidupan rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang minggu ini. Itulah natijahnya bila salah memilih kerajaan…

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Haram Selangor sering bercakap tentang soal penyelesaian masalah gangguan bekalan air di negeri itu. Macam-macam cadangan yang mereka cadangkan. Namun sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan, habuk pun tiada.

Tidak mustahil jika selepas ini kita akan mendengar Khalid dan konco-konconya menyalahkan UMNO, BN, Kerajaan Pusat atau SYABAS berhubung insiden paip pecah itu. Padahal, yang sebetulnya Kerajaan pimpinan Khalidlah yang paling layak dipersalahkan.

Semua ini berlaku kerana Khalid gagal merancang dengan baik industri air di Selangor. Dia asyik merancang dengan pelbagai rancangan jangka pendek. Sudahlah jangka pendek, tiada satu pun rancangannya yang dilaksanakan!

KHALID MANIFESTO BUKAN JANJI

Selangor sebenarnya memerlukan rancangan jangka panjang dan itulah perkara yang tidak ada pada Khalid.
Sebenarnya rakyat Selangor semakin sedar bahawa Khalid adalah punca segala malapetaka yang ditanggung mereka selama lima tahun ini. Rakyat Selangor memang sedang marah Khalid, kecuali para penyokong PKR yang terkenal dengan sokongan membuta tuli…

Mungkin menyedari hakikat “Khalid dibenci rakyat” itu, maka Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail membayangkan bahawa Khalid mungkin tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar sekali lagi jika Pakatan Haram mengekalkan kuasa di Selangor.

Dia tahu, rakyat Selangor menganggap Khalid adalah “liabiliti” terbesar di Selangor dan pergaduhannya dengan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, menandakan Khalid bukanlah seorang yang boleh diharap.

Tapi memandangkan Khalid itu dari “kem” Wan Azizah sendiri, maka dia terpaksa berselindung dan tidak berterus terang dalam soal ini. Jadi, jika Khalid tidak lagi dilantik menjadi Menteri Besar, bagaimana dia nak teruskan penstrukturan semula industri air yang “disalaknya” setiap hari itu?

Ketika itu, Khalid bukan lagi Menteri Besar dan dia tiada kuasa lagi untuk menghabiskan duit rakyat untuk meneruskan cita-cita menstruktur semula industri air di Selangor. Lainlah kalau BN merampas kembali Selangor. Saya yakin BN lebih bijak merancang industri air demi rakyatnya…

No comments:

Post a Comment