Tuesday, April 16, 2013

#PRU13 : Isu Stopa Seluar Dalam ! Hipokrasi PAS dan Pakatan Haram



Pembangkang selama ini sering menuduh pemimpin-pemimpin BN sebagai tidak bermoral dan kerap diselubungi skandal. Setiap kali timbul kontroversi tentang pemimpin BN, mereka akan terus mempercayai setiap berita atau fitnah yang dilemparkan.

Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, mereka pasti terus menafikan segala pertuduhan, dan ditambah pula dengan tuduhan melulu bahawa setiap skandal yang didedahkan adalah konspirasi yang didalangi oleh UMNO & BN.

Rakyat sudah mula muak dengan perangai pembangkang yang kononya mendakwa diri mereka paling adil tetapi bila kena diri sendiri terus berdolak-dalik menuduh orang lain.

Terbaru, video Mustafa Ali yang tersebar di internet juga turut dinafikan. Mereka sebaliknya menuduh UMNO yang terlibat dalam pembikinan dan pengedaran video tersebut, walhal video tersebut disebarkan di Terengganu dan dua orang ahli PKR ditangkap polis untuk siasatan lanjut.

Tindakan Pakatan Haram khususnya Pas yang bersikap hipokrit ini hanya akan menimbulkan kecelaruan dan merugikan mereka sendiri.

Konon mahu perjuangkan agama Islam tetapi hakikatnya yang kita lihat, mereka ini hanya memperalatkan agama Islam untuk meraih populariti politik sahaja.

Dewan ulama Pas sendiri menentang penggunaan kalimah Allah tetapi bila berjumpa sahabat perjuangan PKR dan DAP mereka membenarkan pula penggunaan kalimah Allah di dalm Bible versi bahasa Melayu.

Sikap double standard Pas ini bukan perkara baru. Pas sebelum ini mengkritik persembahan Kpop di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya kerana berpakaian tidak sopan.

Tapi bila PKR mengadakan program dengan tarian ala Kpop pada Majlis Makan Malam PKR, Bertam Nite, Pas terus tunduk membisu menunjukkan jelas mereka tidak konsisten memperjuangkan agama Islam.

Mereka terkenal dengan fatwa yang berubah-ubah mengikut kesesuaian. Dulu wanita hendak masuk tilawah pun depa tak bagi. Kononnya suara aurat. Tapi la ni mereka meletakkan calon wanita lebih ramai dan menggunakan penyanyi wanita untuk menyanyi di majlis-majlis mereka.

Inilah sikap tahap pembangkang di negara kita. Semua perkara diputar-belitkan sehinggakan perkara baik yang dilaksanakan oleh kerajaan dianggap buruk dan menekan rakyat.

Tindakan Pas yang semakin goyak sekarang menyebabkan mereka hari ni terpaksa melakukan apa sahaja walaupun ianya ternyata bertentangan dengan ajaran agama Islam.

1 comment:

  1. HADI, diminta ulas semula doktrin yang sangat dia benci dulu iaitu Agama Suku, Politik Suku. Waktu tersepit beliau iaitu Presiden PAS kecundang jatuh terduduk.

    1. waktu jual kalimah Allah kepada kafirun.
    2. waktu membela dan melindungi gejala maksiat depan mata.

    ReplyDelete