Tuesday, April 30, 2013

#PRU13 : Husam Kambing Janji Bina Keretapi Laju Ke Putrajaya ?



Penceramah bebas, Ustaz Rujhan Abdul Rahman mencetuskan fenomena dan membuka mata masyarakat Islam apabila membongkar perilaku pentadbiran negeri Kelantan dan kepimpinan Pas dalam ceramah mesra di Putrajaya kelmarin.

Video ceramah beliau yang kurang 48 jam dimuat naik di laman Youtube mendapat sambutan penonton.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat itu cukup terkenal dengan kelantangan mengkritik pentadbiran Pas di Kelantan yang dilihat telah terpesong daripada perjuangan asal mereka.

Kritikan itu semakin hebat apabila Pas menjadi sekutu DAP, satu-satunya parti yang lantang menolak negara Islam yang diperjuangkan Pas sebelum ini.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.




1 comment:

  1. anon... pi la ambik pelajar beri ke HUSAM. Berlambak2 lagi.

    ReplyDelete