Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bermain politik dengan rakan Pakatannya
apabila enggan mengulas lanjut siapa akan jadi PM sekiranya Pakatan menang.
Dikala Dap
dan Pkr sudah sepakat menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM, Hadi yang turut
bercita-cita menjadi PM, terus membisu enggan menamakan calon PM Pakatan
sekiranya menang PRU13.
Terbaru,
ketika program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, Hadi hanya mampu memberi
alasan, beliau tidak boleh mendahului rakyat dalam membuat keputusan siapa
bakal PM sekiranya BN tewas. Kononya menghormati sistem Raja Berperlembagaan.
Isu siapa PM
ini bukan baru bagi pakatan. Pada suatu ketika dulu, Hadi pernah turut
bersetuju untuk menerima Anwar sebagai PM sekiranya berjaya ke Putrajaya.
Setelah
diasak teruk oleh akar umbi, Hadi mengatakan ianya belum dimuktamadkan lagi dan
Pas perlu menang besar sebelum memikirkan siapa bakal jadi PM.
Setelah
sekian lama isu ini reda, ianya sekali lagi meletus di Muktamar Pas di Kelantan
pada November lepas, apabila pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas
mencadangkan Hadi dilantik sebagai PM.
Maka
bersilat pemimpin-pemimpin Pakatan memberi penerangan kepada akar umbi
masing-masing untuk menunjukkan mereka telah sepakat.
Terdahulu,
Pas sebelum ini dikatakan telah berunding secara sulit untuk meletakkan
pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PM manggantikan
Anwar yang dilihat terlalu banyak skandal dan kontroversi.
Difahamkan
penentangan untuk menolak Anwar sebagai calon PM sangat kuat di dalam Pas
sehingga dikatakan pemimpin tertinggi Pas menyatakan HARAM bagi Anwar untuk
meminta jawatan PM dari Pas.
Majlis Syura
Ulama Pas, dalam perbincangan tertutup baru-baru ini juga telah sepakat menolak
Anwar sebagai PM dan akan melantik calon luar untuk menggalas tugas tersebut.
Tapi dalam kesibukan Pas untuk menjadi PM, mereka tidak sedar mereka hanya bertanding 70 daripada 222 kerusi yang dipertanding dan membiarkan Pkr dan Pas mengambil yang selebihnya.
Tapi dalam kesibukan Pas untuk menjadi PM, mereka tidak sedar mereka hanya bertanding 70 daripada 222 kerusi yang dipertanding dan membiarkan Pkr dan Pas mengambil yang selebihnya.
Hadi, Anwar
dan Kit Siang tidak perlu putar belit bila jawab soalan wartawan. Semua orang
dah tahu sebenarnya mereka tak ada jawapan yang objektif langsung. Menangkan
dulu baru fikir siapa nak jadi PM? Mana boleh! Anwar? Hadi? Lim Kit Siang?
Sorang pun tak cukup bagus untuk jadi PM Malaysia.
Hadi Awang jadi PM? Kah...Kah..Kah...Pelawak, Pelawak.
ReplyDelete