Tuesday, April 30, 2013

#PRU13 : Calon Ini Rampas Isteri Pemandu Teksi Haram ?


Kisah seseorang yang menggoda isteri orang dan akhirnya menyebabkan pasangan itu bercerai memang sudah diketahui ramai di Terengganu, khususnya dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Malah dalam keadaan perbuatan yang securang itu pun dia masih dicalonkan oleh partinya untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13..
Mungkin atas nama Islam yang digunakan, maka segala noda dan dosanya ‘merampas’ isteri orang dirasakan halal.

Di manakah dia hendak letak mukanya sewaktu berkempen bila sebahagian besar masyarakat dan pengundi telah tahu skandalnya itu, perampas isteri kepada seorang pengusaha kereta sewa ‘prebet sapu’.

“Mula mula saya hormat sangat pada YB itu, tetapi apabila saya ketahui dia mempunyai skandal dengan kawan sekerja saya , saya dah mula hilang rasa hormat kepada pemimpin yang mendakwa dari pejuang Islam itu,” kata seorang rakan sekerja wanita.


Apatah lagi sehingga menyebabkan kawan sekerjanya itu bercerai dengan suaminya , gara-gara mahu hidup bersama dengan pemimpin dari parti itu.

Rakan sekerjanya itu berkata, semua orang tidak sangka si wanita itu sanggup berbuat demikian.
Beliau amat kasihan mendengar kisah bekas suami wanaita itu yang juga dikenalinya.




CALON PAS DUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dan isterinya, Aida Tengah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan SPR dengan membawa lambang parti PAS ke pusat pembuangan undi di IPK Terengganu sebentar tadi.


Sebelum rakyat kawasannya itu mengetahui tentang skandalnya itu, beliau cukup bangga ke hulu dan ke hilir bersama wanita yang dijadikan isterinya itu, malah gambar beliau bersama wanita pada kain rentang ‘Selamat Hari Hari Aidil Fitri’ digantung di merata tempat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri itu.

Tetapi apabila menyedari masyarakat sudah tahu skandalnya sebelum berkahwin dengan wanita itu, dia jarang kelihatan bersama lagi.
Apatah lagi, skandal’ urut mengurut’ bersama wanita itu sebelum dikahwininya, sudah dibongkarkan oleh bekas suami wanita itu.

Meskipun wanita itu dalam komen balasnya melalui sebuah media di internet menghina bekas suami sendiri dengan menuduh kononnya suaminya kini hidup susah, bawa ‘kereta prabet sapu’, tetapi sekurang-kurangnya bekas suaminya itu telah melakukan kerja halal.

Tuduhan wanita bahawa bekas suaminya diupah untuk membongkarkan rahsia kecurangannya dengan pemimpin bergelar YB sebelum ini adalah suatu andaian yang tidak boleh diterima bekas suaminya yang juga bapa kepada beberapa orang anak wanita itu sendiri.

Selain itu, wanita itu turut menuduh bahawa bekas suaminya adalah manusia jenis panas baran, sering memukulnya adalah sangat memalukan kerana suami mana tidak marah sekiranya isteri yang dia sayang curang dengan lelaki lain walaupun menjadiYB dari parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Wanita itu perlu memohon maaf kepada bekas suaminya, bukannya menghina dan memburukkan orang yang pernah disayangi itu.

Apatah lagi bekas suaminya pernah terlihat wanita isterinya itu berkurung di rumah YB itu di siang hari sewaktu melalui di depan bunglow YB itu.
Apakah kerana telah hidup mewah bersama wakil rakyat itu yang masih dicalonkan lagi oleh partinya kali ini, membuatkan dia telah lupa jasa dan pengorbanan bekas suami sebelum ini?

Anak bekas YB Adun dalam Parlimen Kuala Terengganu itu sendiri benci akan perbuatan ayahnya berskandal dengan perempuan yang masih punya suami waktu itu.
Dia tahu dulu wanita itu mengurut arwah ibunya, tetapi sekarang kini wanita itu menjadi perampas kebahagiaan keluarganya adik-beradik.

Anaknya adalah pelajar lepasan UiTM dan kini menetap di ibu kota.
Difahamkan dia amat mengetahui hubungan ayahnya dengan perempuan itu sewaktu ‘mak cik’ itu masih lagi isteri kepada pengusaha ‘kereta prebet sapu’ itu.

Mengapakah wanita yang kini menjadi ibu tirinya sanggup curang sebelumnya dengan bapanya dan dia tahu kecurangannya itu adalah dosa tetapi kerana nafsu menguasai, segalanya dipersetankan.

Lantaran itulah dia tidak suka perbuatan curang seperti itu dilakukan oleh seorang isteri yang kini terpaksa menjadi ‘mak tiri’ kepada nya dan adik-beradiknya yang lain.

Dia kini menetap di ibu kota penuh dengan perasaaan benci kepada perbuatan yang bertentangan dengan agama dan adat timur dilakukan bapa dan ibu tirinya sebelum ini.

Maklumat yang diterima juga mendapati, anak calon itu begitu kecewa dengan apa yang berlaku dalam keluarganya itu .

Pengikut parti itu sentiasa menganggap pemimpin dan wakil rakyat mereka baik akhlak walaupun jelas betapa buruknya akhlak pemimpin dan puak mereka.

Mungkin ramai di kalangan pengikut parti itu tidak tahu akan perkara tidak bermoral seperti ini dilakukan oleh pemimpin dan wakil rakyat mereka.

Ini kerana bagi mereka dan persepsi pengikut-pengikut taksub mereka bahawa pemimpin parti yang berlebel agama itu baik-baik belaka akhlaknya, yang jahat dan tidak berakhlak itu adalah dari pemimpin dari parti lain.
Tapi tahukah itulah sebenarnya ‘ perangai” pemimpin yang mereka sangka baik itu.

Anaknya itu melahirkan kepada kawan- kawannya ‘mak cik’ ibu tirinya itu pernah mengugut mereka, tetapi mereka tetap bersabar.
Mereka tidak pulang ke rumah kerana tidak bersedia melihat suasana kekeluargaan yang tidak seindah dulu lagi dengan kehadiran wanita yang tidak direstui mereka.

Oleh itu marilah kita menolak calon yang tidak bermoral dan berakhlak seperti ini yang bertopengkan dengan perjuangan agama untuk mengaburi kecurangan yang dilakukan sebelum ini.

Segala kemunafikan, kepura-puraan yang cuba disembunyikan, akhirnya terbongkar jua, kerana kebenaran datang menimbusi segala kepalsuan.

2 comments:

  1. Saya ingin berlepas diri
    orangpagoh.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. klu sape2 yg ada skandal seks masuk lah PAS...walaupun buat dosa besar tapi sebab sokong PAS akan masuk syurga?? apabila didedahkan depa akan kata itu kerja BN...yg dituduh tak nak pun mempertahankan maruah diri..bersumpah pun tak nak??? tapi klu suruh org BN bersumpah bukan main lagi??

    ReplyDelete