Bermula dari petang
semalam, media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang
dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas. Durasi rakaman video selama 11
minit 25 saat itu, dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustaffa
Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.
Ekoran dari
pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan
menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca
mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.
Namun apabila
diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh
para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti
perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang ‘skandal seks’ untuk menang dalam
pilihanraya umum ke-13.
Ini kerana BN/Umno
hanya memerlukan kemampuan dan keupayaan untuk meneruskan kepimpinan yang
cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini, ditambah dengan manifesto yang
meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
Walaupun pakatan
pembangkang sebelum ini menegaskan manifesto itu bukan janji, namun bagi
BN/Umno ia merupakan ‘Akujanji’ antara
pemerintah dan rakyat.
Lebih mengemparkan
lagi, melalui laporan yang diterima, 2 orang suspek telah ditahan polis pada 11
April 2013 kerana disyaki mengedarkan sampul surat yang mengandungi CD video seks
tersebut. Suspek dikatakan telah mengedarkan CD tersebut di sekitar Kg Alor
Lintang dan Kg Raja, Besut Terengganu.
Melalui soal-siasat
yang dilakukan, kedua-dua suspek tersebut dikatakan merupakan ahli kepada
Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertindak atas arahan pihak tertentu. Maka
timbullah tanda tanya, sekiranya Umno merupakan dalang kepada penyebaran
rakaman tersebut, mengapa ahli AMK yang ditangkap?
Setelah dilakukan
analisa, temu bual dan kaji selidik berdasarkan kronologi kes dan maklumat dari
rakan-rakan yang masih akttif di dalam Pas, akhirnya berjaya merungkai persoalan
yang selama ini bermain di minda. Kesimpulan yang ditemui ialah, Dato Mustaffa
Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang
mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.
Satu kumpulan yang
diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin ‘Anwarinas’ atau lebih dikenali sebagai
puak Endorgan Pas. Mereka-mereka inilah
yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks
tersebut.
Isu ini bermula sejak
idea ‘kerajaan perpaduan’ (UG) mula
diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3
kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan
Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok
yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.
Antara pimpinan Pas
yang menyokong UG ialah, Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian), Nasaruddin
Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas), Harun
Din ( Timbalan Mursyidul Am), Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan
Pesuruhjaya Pas Selangor), Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor), Hashim
Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis), Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan
beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.
Perkembangan yang jelas
mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu, akhirnya dapat diredakan,
apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan
berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak
lama dahulu.
Walaupun Anwar dengan
kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan
penyokong gerakan Liberal, dendam kesumat
itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia tetap diteruskan dengan
beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian, antaranya
mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.
Ia bagi mengugut
beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini. Nyata pendekatan
tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG
sekali lagi berjaya dimatikan. Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai
rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam, ditambah dengan pendedahan
demi pendedahan yang melibatkan Anwar, idea mengenai UG kembali disuburkan tapi
melalui pendekatan yang berbeza.
Ini kerana ramai
dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal
sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius
untuk memartabatkan Islam. Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan
pada tahun lalu, Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi
mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.
Malah kegagalan Pas
mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan
keadaan. Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan
hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama ‘jemaah’. Maka tidak hairanlah, apabila
Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata
dua kepada pemimpin ‘Anugerah Tuhan’
itu.
Walaupun pencacai
Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh
Umno, namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi
parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR
untuk meletakkan Mufti Perlis, Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan
tersebut.
Dilemparkan dengan
pelbagai gelaran seperti tamak dan tidak menghormati semangat parti di dalam
pakatan, jelas tidak mampu menukar pendirian ustaz Hashim Jasin yang tetap bertegas
dengan keputusan untuk meletakan calon Pas di Arau, Padang Besar dan Kangar.
Perkara yang hampir
sama turut berlaku di negeri-negeir lain seperti Terengganu, Perak, Wilayah
Persekutuan dan sebagainya. Rata-rata bertegas untuk meletakkan calon-calon
lama dan mereka yang cenderung menyokong UG sebelum ini.
Bukankah keputusan itu
jelas membuktikan, keinginan mereka untuk mengekang kemahuan Anwar untuk menjadi
Perdana Menteri? Menurut sumber sekiranya pakatan pembangkang berjaya
mengalahkan BN/Umno untuk membentuk kerajaan, mereka-mereka dari kepimpinan
ulama akan segera memberikan sokongan kepada BN/Umno sekaligus menghalang usaha
Anwar dan DAP menguasai kerajaan persekutuan.
Kesimpulannya,
pendedahan video seks Mustaffa Ali hanya merupakan sebahagian dari perancangan
Anwar untuk berdepan dengan kumpulan UG. Dengan menyalahkan Umno sebagai
dalang, Anwar mengharapkan kumpulan tersebut marah dengan tindakan jijik
tersebut dan kembali menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, sekaligus
menerima idea untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7.
No comments:
Post a Comment