Saya berpeluang untuk berkunjung ke Masjid Jamek Sri Petaling dan menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid tersebut. Semasa diberi peluang untuk berucap dalam kunjugan itu, saya mengingatkan seluruh umat Islam supaya tidak merosakkan kepentingan agama dan sentiasa bersatu meskipun ada kalanya kita berbeza pandangan dalam beberapa perkara.
Kita perlu sentiasa meletakkan Islam sebagai keutamaan. Sekiranya umat Islam berpecah belah, saya khuatir Islam akan menjadi semakin lemah. Janganlah kita merosakkan kepentingan Islam semata-mata kerana ideologi serta fahaman politik kita yang berbeza.
Selain itu, saya turut menyeru kepada para pendakwah supaya terus melakukan aktiviti dakwah dengan baik. Kerajaan pula berjanji akan sentiasa berusaha untuk memastikan negara ini kekal aman dan makmur sekali gus menjadi negara Islam contoh di peringkat antarabangsa. - 30hb Mac 2013
-Najib Tun Razak
kopiah yg najib pakai tak sama yg orang pas pakai, sebab bila luar warna hijau dan tengah putih dah macam yahudi pakai kopiah kecil je.
ReplyDeleteBerbeza pemdapat dan pandangan adalah normal, Allah swt menciptakan kita berbeza beza. Kita tidak boleh memaksakan pendapat kita pd org lain dan org lain pun tidak sepatutnya memaksakan pendapat mrk pd kita. Utk bersatu dan berharmoni, apa yg perlu adalah bertolak ansur, bekerjasama dan saling menghormati. Jauhkan cela mencela, hina menghina, maki memaki dan sikap bermusuhan, krn sifat sedemikian tidak menenteramkan jiwa.
ReplyDeleteKita harus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pakatan rakyat untuk kelangsungan karier politik ayam pencen Nik Aziz, Karpal Sigh, Lim Kit Siang, Hadi Awang agar cita-cita mereka ke putra jaya termakbul sebelum mereka menghembus nafas mereka yang terakhir..
ReplyDelete