Pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS) sedang memburu seorang (dipercayai lebih) lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan bom sempena Maraton Boston, Selasa lalu.
Video pengawasan menunjukkan seorang lelaki dipercayai meletakkan sebuah beg berisi bom berhampiran tempat letupan yang mengorbankan tiga mangsa.
Dalam perkembangan berasingan, Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang mengesahkan bahawa pihak berkuasa sudah menemui imej suspek yang dikehendaki.
Namun identiti suspek masih belum dapat dikenal pasti.
No comments:
Post a Comment