Thursday, April 4, 2013

Anwar Letak Calon Semenanjung Di Sabah ?!!



Benarlah seperti yang diperkatakan sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah merupakan seorang pemimpin yang mengamalkan kepimpinan ala diktator atau dalam bahasa mudahnya ‘kuku besi’.

Untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13) ini, Anwar dilihat sering membelakangkan suara dan kehendak akar umbi dengan meletakkan senarai calon-calon ‘pilihannya’ sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin di dalam pakatan & penyokong mereka yang merupakan anak tempatan.

Pendekatan terbaru yang digunakan Anwar pada ketika ini ialah, mengumumkan calon-calon PKR setiap kali hadir untuk berceramah. Sebagai contoh ketika Anwar berceramah di Indera Mahkota, Kuantan, Gombak, Batu, Alor Setar dan Johor Bahru baru-baru ini dia turut membuat pengumuman untuk memperkenalkan calon-calon PKR yang akan bertanding.

Namun tindakan tersebut, telah menimbulka rasa marah dan tidak puas hati dikalangan ketua-ketua cabang & pemimpin PKR dengan senarai pilihan Anwar itu. Yang mana merasakan tindakan Anwar itu jelas untuk membelakangkan peranan mereka yang selama ini menjadi tulang belakang dalam perjuangan PKR terutamanya di peringkat cabang.

Malah menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali pakatan pembangkang dilihat semakin bercelaru kerana pemilihan calon terutamanya yang  membabitkan PKR calon pilihan Anwar tidak menepati hasrat penyokong mereka.

Di beberapa negeri, penyokong akar umbi PKR mula mencemuh dan ‘memberontak’ terhadap keputusan yang dibuat oleh Anwar secara diktator berhubung pemilihan calon. Anwar yang pernah dikaitkan dengan kes meliwat dikatakan mengutamakan kroni beliau dalam pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR pada PRU ke-13 walaupun mendapat tentangan keras oleh ahli-ahli parti itu.

Anwar hanya mementingkan perutnya sendiri dalam menentukan calon pilihan raya, sepertimana berlaku kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail, presiden boneka PKR yang akan bertanding di Selangor di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Motifnya mudah, Anwar terpaksa melarikan Wan Azizah ke Selangor  sebagai jalan pintas untuk beliau menyingkirkan Menteri Besar yang ada sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Di Sabah sebagai contoh pembahagian kerusi yang diputuskan Anwar ialah PKR (11), APS (6), PPPS (3), PAS (3), DAP (3) yang mana dilihat cubaan untuk meletakkan calon dari Semenanjung agar lebih lebih dominan? Dominasi PKR, bah!

Anwar dilihat cuba menggunakan ‘kuasa veto’ dalam soal pemilihan calon dan perkataan paling sesuai untuk diungkapkan ialah ‘Welcome to dictatorship’. Tindakan Anwar itu dilihat cuba seolah-olah ingin memberikan kelebihan kepada Lajim & Bumburing sehingga masyarakat tempatan merasa kurang senang.

Kesimpulannya, keputusan Anwar itu seolah-olah ingin memberikan mesej kepada rakyat Sabah bahawa PKR adalah merupakan parti Sabah, maka sebab itu dia berhak untuk lebih-lebih.

Dari dulu sampai sekarang, Raja Goyang masih tak tau ambil hati rakyat Sabah!

1 comment:

  1. Dia jugak dok sibuk cerita pasal autonomi. Tapi pencalonan kali ni nampaknya semua dah ditetapkan oleh orang semenanjung. Ni bukan autonomi tapi AUTAnomi

    ReplyDelete