“Demi Allah, sekarang baru saya faham macam mana perasaan isteri yang merelakan suami mereka turun ke medan perang,”.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan begitu suram dek kerana terlalu risaukan keselamatan suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang nekad untuk turun ke ‘Ground Zero’ pagi tadi.
Menurut Rosmah,selepas Perdana Menteri memaklumkan mengenai keinginan beliau untuk bersama-sama dengan rakyat di Lahad Datu malam tadi lantas sebagai seorang isteri perasaan risau itu mula muncul.
“Malam tadi bila dia (Najib) kata nak ke Lahad Datu, tiba-tiba saya yang lebih risau dari dia.
“Apabila suami nak pergi ke tempat yang merbahaya macam itu, saya sebagai isteri tidak senang duduk dibuatnya.
“Demi Tuhan saya katakan, kini baru saya faham perasaan isteri-isteri anggota ATM dan PDRM apabila terpaksa merelakan suami mereka turun ke medan perang,” katanya.
Menurut Rosmah, pengalaman sebagai isteri yang merelakan suaminya turun ke kawasan musuh sememangnya sesuatu yang baru baginya apatah lagi keselamatan Najib belum tentu terjamin sepenuhnya.
Atas dasar tersebut, lantas, Rosmah melahirkan rasa kagumnya terhadap isteri-isteri anggota ATM dan PDRM yang begitu tenang dan ikhlas membenarkan suami mereka bertempur di medan perang.
“Tidak dapat saya bayangkan perasaan mereka…dari pagi tadi beliau (Najib) pergi ke Sabah dan saya di sini pula setiap masa sentiasa menantikan panggilan beliau untuk memastikan yang dia selamat.
“Saya cuba pujuk dia supaya tunggu keadaan tenang baru turun ke Sabah tetapi beliau tetap mahu ke sana juga.
“Beliau kata mesti bagi sokongan kepada anggota ATM dan PDRM serta mangsa-mangsa iaitu rakyat Sabah di sana,” tambah Rosmah ketika berucap di Majlis Perlancaran Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (i-TR1M) di Gombak petang tadi.
Selanjutnya baca d SINI
Selanjutnya baca d SINI
Mmg btl apa yg diperkatakan oleh rosmah...bkn senang kita nak lps kan suami ke tempat yg bahaya...tp demi negara mereka sgp melepaskan apa2 pun aku btl2 salut kat bini2 mereka yg sgp berkorban demin negara yg tercinta
ReplyDeleteAku btl2 salut dgn rosmah kerana dia blh lpskan suami dia g biar lah apa org ckp pun dia ttp korban utk negara bkn senang seorg wanita nak melepaskan suami dia utk g ke tempat yg bahaya tu..lg2 najib lg byk musuh sgt bahaya utk dia g tp dia ttp pergi demi tggjwb dia utk negara
ReplyDeleteBaguslah Isteri perdana menteri kita yang mengambil berat isu - isu ini. Pembangkang bukan boleh pakai pun. dia orang hanya guna rakyat sehingga tamat pilihanraya. lepas itu hilang terus
ReplyDeleteBiar apa yang dikata oleh pakatan rakyat mengenai DS Rosmah, saya memang tbik hormat dia sebagai salah seorang isteri perdana menteri yang terbaik. syukur kita mendapat seorang pemimpin seperti beliau dan suaminya. sememangnya berjiwa rakyat
ReplyDeletetu lah perasaan mereka datin bila mereka merelakn suami mereka pergi utk memepertahankan negar kita ini tapi ada sstengah pihak yang bodoh dan biadap mengatakan kematian mereka sebagai "mati katak"! cuab kita bayangkan kalau ahli kelurga kita yang meninggal kerana berjuang utk negara sendiri, berjuang utk keselamatn kita dilabel sebagai mati katak? bangsat!
ReplyDelete