Tuesday, March 19, 2013

Tragedi Syuhada Gugur Di Semporna !! Pilunya Hati Berdiri Di Sini...



Dari Lahad Datu aakj d jemput ke Semporna untuk melihat sendiri tempat gugurnya 6 Syuhada Anggota Polis ketika bertempur dengan pengganas anak babi Kiram III !!

Dalam perjalanan perjalanan yang memakan masa 2 1/2 jam dari Lahad Datu..hati ini berdetik..apakah situasi d Semporna sama dengan Lahad Datu ? Apakah penduduk sudah mulai hilang trauma dan anggota polis yang terlibat masih terbayang kisah kejamnya sahabat mereka d cincang ?

Tiba saja d lokasi kejadian, tiba-tiba hati ini gementar tiba-tiba..semua mata penduduk memandang kami..mungkin ada d antara penduduk Kampung Simunul yang terlibat ingatkan kami polis dari KL..maklumlah loghat kami bukan gaya orang Sabah bercakap.




Gementar ada..rasa tak sedap hati pun ada sepanjang aakj menunggu kedatangan Penghulu kampung, Panglima Ramlee namanya. 

Agak lama juga kami menunggu beliau dan aakj rasa untuk masuk ke tempat kejadian mungkin sukar kerana malam sudah menjelang dan kampung atas air sudah mulai gelap dan lengang..

Bila Penghulu Kampung Simunul, Panglima Ramlee menceritakan bahawa beliau sanggup untuk bawa masuk aakj ke tempat 6 Syuhada gugur..aakj terus saja setuju tanpa fikir panjang..semangat berkobar nak lihat dengan mata sendiri keadaan tempat yang penuh tragis itu..

perghhHH..melangkah masuk saja menuju ke 9 buah rumah tempat berlakunya adengan tembak menembak tiba-tiba hati menjadi sayu..langkah terasa longlai bila melihat jalan masuk dan keadaan rumah d sekitarnya..terdetik d hati..patutlah Anggota Polis kita senang d 'ambush'..keadaan dan kedudukan rumah d sini membuatkan Anggota kita sukar untuk melihat pada jarak yang jauh...

Titian yang d gunakan untuk penduduk juga agak menggerunkan aakj..yelah kita mana biasa berjalan atas 'jalan' yang mana hanya papan usang sebagai alas..walau nampak macam kayunya jenis yang tahan tapi susunan kepingan papan yang jarang jaraknya menyukarkan sesiapa saja yang tak biasa dengan keadaan begitu.

Perasan takut mula menguasai diri..gerun pun ada kerana aakj sudah d maklumkan oleh polis d Semporna..kalau apa-apa terjadi maka tanggung sendiri..

10minit berjalan terasa begitu lama..lutut terasa menggigil dan kaki terasa berat..semasa berjalan aakj terkejut beberapa kali bila ada beberapa kanak-kanak berlari laju dari arah belakang..pergHHH ingatkan apa..depa rupanya boleh berlari dalam gelap..cahaya jalan amat sedikit kerana ianya d sinari dengan lampu dari rumah-rumah yang berdekatan..

Tiba saja d 'jalan utama' atau pintu masuk ke tempat kejadian..aakj terpaku seketika bila Penghulu Kampung Simunul menunjukkan inilah tempat kejadian d mana 6 Anggota Polis kita gugur syahid..

Perasaan hiba..pilu dan airmata mula gugur..bercampur dengan perasaan amat marah dan geram bila kenangkan bagaimana Syuhada kita d siksa..ada yang d penggal kepala..belah perut dan mata mereka d korek..Allahhuakbar...manusia jenis apakah mereka yang datang nak cabul kedaulatan negara kita..

Aakj boleh bayangkan selama ini kita terlalu pemurah..pendatang haram yang datang dengan mudah membina 'kubu' mereka..kita ingatkan mereka datang sekadar untuk menangkap ikan dan tumpang solat d masjid kita..rupanya mereka IBLIS yang berwajah manusia..menurut Penghulu Kampung..salah seorang pengganas yang d bunuh itu sering kelihatan solat jumaat d masjid kawasan tersebut..



Kepada Syuhada..aakj doakan anda semua mendapat rahmat dari Allah hingga ke syurga
Kepada Keluarga Syuhada..aakj doakan agar nusrah Allah sentiasa bersama anda semua
Kepada Anggota Keselamatan negara..aakj doakan agar anda semua d lindungi Allah swt
Kepada warga Sabah..anda orang baik-baik..aakj doakan anda semua bersatu..ini tanah bertuah milik kalian juga
Kepada semua sahabat aakj..sama-sama kita berdoa...

Kisah seterusnya..aakj ke Kampung Sinalang Lama tempat berlakunya tragedi orang kampung berjaya membunuh pengganas babi Kiram III !!



1 comment:

  1. Sedih baca nye :( al-fatihah buat anggota yg terkorban

    ReplyDelete