Masalah yang dihadapi oleh rakyat
Selangor ketika ini ialah, kekurangan bekalan air terawat ekoran permintaan
yang mencanak dan bukannya masalah mengurus bekalan air seperti yang ditekankan
oleh pakatan pembangkang pimpinan PKR. Sering kali isu ini digunakan untuk
menunding jari kepada syarikat konsesi dan kerajaan persekutuan sebagai jalan
melepaskan diri ekoran kelemahan dan kegagalan urus-tadbir pakatan yang
diketuai oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.
Walaupun kerajaan Pusat pernah
merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, namun gesaan
itu seperti mencurahkan air ke daun keladi. Malah kegagalan Selangor
menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif akan menyebabkan negeri
paling kaya di Malaysia itu bakal berdepan dengan krisis air yang teruk
menjelang tahun depan.
Tambah membimbangkan krisis tersebut
turut mengakibatkan perkembangan pesat ekonomi yang dibina sejak merdeka di
bawah pemerintahan BN jatuh merudum. Ia bukanlah sesuatu yang diada-adakan oleh
kerajaan persekutuan, seperti tuduhan yang dilemparkan kononnya isu
dibangkitkan untuk menyerang pembangkang.
Berhubung isu ini, penulis sebenarnya
berasa sangat simpati kepada rakyat Selangor khususnya yang tinggal di flat
bertingkat-tingkat, apabila terpaksa mengambil air dari bawah ketika berdepan
masalah terputus bekalan air pada awal tahun lalu. Banyak masa terbuang bagi
mendapatkan sedikit air untuk menjalani kehidupan seharian.
Lebih mendukacitakan apabila
dilaporkan lebih dari 100 syarikat yang dianggarkan bakal menyediakan
25,000 peluang pekerjaan terpaksa menarik diri daripada melabur di negeri
tersebut ekoran kemelut bekalan air yang berpunca daripada dasar tiada
kerjasama kerajaan negeri dengan syarikat-syarikat konsesi.
Malah sejak pakatan
pembangkang mula berkuasa di Selangor 5 tahun dahulu, cubaan mengambil alih
konsesi air ini, telah dijadikan agenda utamanya atas
alasan syarikat tersebut merupakan kroni UMNO.
Sehingga kini, kerajaan pusat telah mengeluarkan dana sebanyak RM720
juta untuk menampung masalah air Selangor ini bagi mengelakkan rakyat terus
dibelenggu dengan isu kekurangan air. Paling membingungkan, apabila Khalid enggan
menerima bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Negeri Sembilan.
Sebelum ini kerajaan negeri Sembilan dikatakan
telah bersedia untuk membantu membekalkan air terawat kepada penduduk Selangor
dan Kuala Lumpur atas pertimbangan menjaga kesejahteraan rakyat dan kepentingan
umum.
Walaupun kesediaan untuk
membantu itu tidak dibuat berdasarkan kepada pertimbangan politik kerana sudah menjadi
dasar kerajaan BN yang tidak pernah memberi bantuan kepada rakyat dengan
mengambil kira kaum, agama atau pegangan politik, ia tetap dipandang serong
oleh pimpinan yang diketuai oleh makhluk bernama Anwar Ibrahim.
Lebih menghairankan Khalid sering
mengatakan kerajaan Selangor tidak mempunyai maslaah air. Persoalannya, betul
ke?.
Sekiranya isu air yang
merupakan keperluan asas rakyat
pun gagal untuk diselesaikan, maka ada baiknya lupakan benda-benda lain. Inilah
akibatnya apabila rakyat memberi kepercayaan kepada mereka yang tiada
pengalaman mentadbir negeri. Sabda nabi Muhammad SAW:
“Apabila suatu urusan
(pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap
datangnya saat (kiamat/kehancuran)” – Sahih Bukhari
Antara pengajaran hadis tersebut ialah, janganlah
kita menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang
yang tidak mengerti, tidak cekap, tidak jujur lalu akibatnya adalah kehancuran
atau kebinasaan.
Kepada rakyat Selangor,ingatlah
ini yang dikatakan “manifesto
bukan janji.” Disebabkan bodoh sombong Khalid akhirnya tergagap-gagap
mahu selesaikanya masalah air yang melanda ini
No comments:
Post a Comment