Sunday, March 3, 2013

Terkini !! Pemberontak Minta Jaminan Pulang Dengan Selamat !!! tuuuiHHH !! Lepas Bunuh Orang Nak Minta Nyawa ?



Membakut: Kerajaan Malaysia berusaha sebaik mungkin bagi mengelak pertempuran antara kedua-dua pihak dan berduka cita dengan insiden yang berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kelmarin.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia sabar dan berusaha sebaik mungkin bagi mengelak pertumpahan darah apabila melakukan rundingan dengan kumpulan penceroboh.

“Kita kesal dan dukacita kerana sepatutnya rundingan diselesaikan lebih awal sebelum ada nyawa terkorban. Kita juga memberi jaminan kepada mereka (penceroboh) untuk balik ke negara asal secara aman.

“Pihak tertentu, terutama polis dan tentera, juga cuba mengelak, namun ia sudah berlaku,” katanya ketika ditemui selepas melawat jambatan di Kampung Limadang, Membakut, dekat sini, semalam.

Anifah berkata, selepas kejadian itu mengorbankan nyawa kedua-dua pihak berlaku, baru mereka meminta jaminan untuk pulang ke negara asal daripada kerajaan Malaysia.

“Yang saya kesal ialah, selepas nyawa terkorban di kedua-dua pihak, baru mereka meminta jaminan kita, alangkah baiknya jaminan ini diminta sewaktu perundingan yang dijalankan (sebelum ini),” katanya.

Anifah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Sultan Jamalul Kiram III Agbimuddin Kiram yang bersetuju memanggil pulang tenteranya yang kini dikepung anggota pasukan keselamatan negara di lokasi pencerobohan.

Akhbar tempatan melaporkan, Sultan Sulu meminta kerajaan Malaysia dan Filipina memberi jaminan pengikutnya pulang ke negara asal dengan selamat.

Bagaimanapun, Anifah berkata, keputusan berhubung permintaan sultan itu akan diputuskan kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri.

“Kementerian saya tidak terbabit secara langsung, peranan saya apa saja permintaan kerajaan Filipina, saya sampaikan kepada pihak berkenaan,” katanya.

Anifah turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai insiden berkenaan kerana ia adalah perkara yang sukar dielakkan.


“Sebab itu saya enggan memberi kenyataan mengenai apa yang berlaku di Lahad Datu kerana khuatir maklumat itu tidak tepat dan kenyataan hanya dibuat pihak bertanggungjawab, termasuk Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara,” katanya.

6 comments:

  1. Dah ada yg terbunuh, baru nk minta jaminan balik ngn selamat???..KDN jgn berlembut lagi dgn penceroboh ini!!..Paksa mereka serah diri, ditangkap dan seterusnya dibicarakan.

    ReplyDelete
  2. Benar kata Zek58. Nasi sudah menjadi bubur. Jaminan keselamatan sudah expired. Sekarang mereka PERLU MEMBAYAR BALIK kemusnahan DAN KEMATIAN di pihak kita yang telah dilakukan. TANGKAP HIDUP HIDUP, BICARAKAN , HUKUM. JANGAN LUPA MENYIASAT SIAPA DALANG DISEBALIK KEHADIRAN MEREKA.

    ReplyDelete
  3. Sangat bersetuju dgn anda berdua diatas Zek58 dan Anon 12.54.
    Biar rakyat tahu siapa Pengkhianat negara...

    ReplyDelete
  4. Tangkap penjenayah yang telah mencabul kedaulatan negara kita serta dengan sengaja melakukan pertumpahan darah dengan meragut nyawa anggota keselamatan kita dan seterusnya menangkap DALANG sebenar dan bawa ke muka pengadilan dan biar rakyat tau siapa DALANG tersebut yang sanggup menggadai bumi merdeka ini...

    ReplyDelete
  5. Yg sebenar diorg dh tau peluang nk menang makin malap..yg dok batu api dh hilang,diorg dh hilang kepercayaan..dtambah lgi atm dh ambil alih garisan utama,polis ke2..perjuangn sia2 klu terus btahan...yg penting siasat dlm2 sape dalang utama!!..pngkhianat utama..

    ReplyDelete
  6. KETUA PEMBANGKANG DAH SPINNNN...NAK LEPAS TENGKUK DIRI....DENGAR BETUL2 STATEMENT DIA !!!

    ReplyDelete