Tuesday, March 12, 2013

Terkini Lahad Datu !! Akhirnya Bendera Jalur Gemilang Berkibar Semula Di Tanduo !! Alhamdulillah..Tahniah Wira Negara !!


BENDERA Jalur Gemilang dikibarkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu hari ini selepas operasi dan menggeledah dilakukan sejak 5 Mac lalu dan disahkan ia telah bersih



BEBERAPA buah trak tentera keliahatan keluar dari Kampung Tanduo, Lahad Datu selepas genap seminggu Ops Daulat dilancarkan.

Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa.

Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini.

Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup.

Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi.
Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat, Asisten Supritendan Hussien Omar Khan.

Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata, penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan.

Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac.


2 comments:

  1. Allahuakbar.. Alhamdulillah... semoga barisan pertahanan negara terus berhati hati dalam menjalankan tanggungjawab mereka..musuh masih ada.. situasi utk kembali tenang akan mengambil masa.. doa kami sentiasa bersama anda.. untuk pentadbiran negara di bawah pemerintahan datu seri najib razak, undi saya untuk anda..

    ReplyDelete
  2. tima kasih pd para pejuang dan blogger yg tidk kenal penat menceritakan kisah di sebalik pencerobohan ini. tima kasih dan aku doakan kesejahteraan semua

    ReplyDelete