Saturday, March 16, 2013

Terkini Lahad Datu ! Adik Kiram III Lari Tinggalkan Pengikutnya !!


Azziudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya


KOTA KINABALU: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin

Beliau berkata pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.

"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan

"Azzimudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan tekah melarikan diri ke negaranya," kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.

Sementara itu, Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.


1 comment:

  1. boleh pulak camtu ye..rilek je keluar masuk..rasenye sume jln dh ditutup berlapis lapis..sampai ke laut..filipin pun dh tutup jln laut...hmmmm pelik betul berite camni..susah aku nk proses..mcm cite bdk sekolah...xlojik..

    ReplyDelete