Seorang lelaki Cina jam 12:15 tengah hari tadi telah membuat laporan polis terhadap Chua Tian Chang (Tian Chua) berhubung kenyataannya, kematian dua orang anggota polis di Lahad Datu dua hari lepas adalah SANDIWARA UMNO-BN.
Pengadu, TEH HOCK YONG yang juga merupakan seorang pesara tentera dari Taman Lima Kongsi, Sungai Bakap telah mengadu, tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden PKR yang mendakwa kejadian yang menyebabkan kematian dua orang petugas keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina hanyalah sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah mewujudkan suasana tidak aman di Sabah.
TEH HOCK YONG juga berpendapat, kenyataan Tian Chua merupakan satu hasutan yang akan menyebabkan segolongan rakyat membenci kerajaan, pasukan keselamatan serta menjatuhkan imej serta etika profesional pasukan keselamatan. Perbuatan Tian Chua juga merupakan satu penghinaan terhadap pasukan keselamatan serta anggota yang terkorban dalam insiden di Sabah.
Seterusnya d SINI
Salam Perjuangan.
ReplyDeleteMohon dilinkkan blog tidak seberapa ini. Tq
http://beliabangkit.blogspot.com/
ok..dah
ReplyDelete