Monday, March 25, 2013

pergHHH !! Tentera Hadiahkan Kek Harijadi Polis Di Lahad Datu !!


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar diberi kejutan apabila sekumpulan anggota tentera diketuai Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin secara tiba-tiba muncul menyanyikan ‘Selamat Hari Polis’ dan membawa kek sempena sambutan memperingati Hari Polis Ke-206 di Lahad Datu pagi tadi.
Zulkifli berkata, selain menyambut hari polis, penyerahan kek beserta sejambak bunga raya yang diikat dengan baju celoreng unit komando ATM itu juga membuktikan keutuhan kerjasama antara dua pasukan dalam mempertahankan negara, khususnya semasa berhadapan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
“Saya mewakili seluruh warga ATM mengucapkan selamat hari polis, dan yakin bahawa semua warga tentera walau di mana sahaja mereka berkhidmat termasuk yang paling istimewa daripada anggota yang kini bertugas di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu turut berkongsi kegembiraan sama,” katanya.

482049_581316165212028_669660815_n
6445_581316658545312_443136267_n
8611_581315798545398_1308468706_n
35036_581316471878664_2070786680_n
483818_581315391878772_1374657340_n
526592_581316405212004_1996045267_n
602008_581315611878750_1674174374_n
246564_581316255212019_1440753397_n
newshub

No comments:

Post a Comment