Sunday, March 10, 2013

Lahad Datu Terkini!! Pengganas Sulu Mengamuk Di Kg Tanjung Labian




SEBAHAGIAN penduduk Kampung Tanjung Labian meninggalkan kediaman masing-masing dan keluar mencari tempat perlindungan selepas mendengar bunyi tembakan pada hari keenam Ops Daulat, di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Penduduk di Tanjung Labian, dekat sini bertindak melarikan diri secara beramai-ramai ke kawasan yang lebih selamat setelah mendengar beberapa das tembakan di kampung tersebut hari ini.

Tembakan pada pagi ini dilepaskan oleh saki-baki kumpulan pengganas Sulu yang cuba masuk ke kawasan perkampungan tersebut.

Tindakan penceroboh itu telah menimbulkan suasana panik di kalangan penduduk

No comments:

Post a Comment