Thursday, March 7, 2013

Lahad Datu Terkini !! Pemberontak Kuburkan Mayat Umpama Syuhada...Nauzubillah !


Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Dalam kitab-kitab fiqah menyebut syahid itu terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang.

1.1 Jenis berperang terbahagi kepada :

i. Syahid dunia dan akhirat, iaitu mereka yang mati dalam peperangan kerana menegak agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam peperangan itu.

ii. Syahid dunia, iaitu mereka yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya untuk membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.

iii. Jenis tidak berperang iaitu mereka yang mati kebakaran, mati serta merta terkena wabak, mati beranak, mati sedang belajar dan lain-lain lagi.

1.2 Hukum ke atas mati syahid bahagian (i) dan (ii) tidaklah wajib disembahyangkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil ataupun besar. Sebagaimana arahan Rasulullah ke atas para syuhada perang Uhud.
 
Sabda baginda, maksudnya :
"Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak di hari Kiamat dan tidaklah payah sembahyang ke atas jenazah mereka."

Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib dikerjakan iaitu kapan dan kebumian. Disunatkan mengkapan bersama-sama pakaian yang dipakai semasa mati dalam peperangan itu.

1.3 Adapun syahid akhirat, mereka akan mendapat pahala di akhirat kelak semasa di dunia ia perlu dilaksanakan sebagai orang mati biasa dengan wajib mandi, kapan, sembahyang dan dikebumikan.

4 comments:

  1. Biarlah keadaan meraka sekarang menjadi saksi di akhirat kelak diatas pencerobohan mereka keatas hak orang lain.

    ReplyDelete
  2. Yg gugur menentang golongan bughat, gugur dlm bertugas mentaati Ulil Amri (pemerintah), menjaga keselamatan warga Muslim Mukmin yg lain InsyaAllah syahid. Kita tunggu apa pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan, mrk punya pakar yg arif.

    ReplyDelete
  3. Mayat ni macam dh kembung dan membusuk.. Org syahid tak mati dan takkan membusuk malah berbau wangi.

    Cuba bongkar semula kisah kubur Jamaah Tabligh Malaysia yg syahid di Mindanao pd thn 70an..kubur mrk berbau wangi dan cahaya hijau memancar di kubur mereka bbrp lama hingga mjd asbab hidayat kpd org2 di sana utk beriman dan beramal dgn Islam stlh sekian lama di liberalkan oleh gerakan kristian.
    Kubur syahid memali dgr cerita siram dgn minyak wangi..special effect le tuww..

    Kag,
    Murid Melayu Islam.

    ReplyDelete