Saturday, March 9, 2013

Lahad Datu!! Tali Barut Anwar Salur Maklumat Pengganas?


208591_10151275337095766_1020439423_n



Masih ingatkah kejadian Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna?

Mungkin kita boleh imbas kembali apa yang berlaku.

Seorang pegawai dan lima anggota polis telah terkorban selepas mereka diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu ketika itu.

Kejadian di perkampungan atas air tersebut turut menyebabkan enam orang dipercayai anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kejadian tercetus kira-kira pukul 6.30 petang ketika 25 orang polis mengadakan pemeriksaan di kampung berkenaan setelah menerima maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata.

Sepasukan 25 orang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna kemudian telah melakukan pemeriksaan ke kampung berkenaan yang mempunyai kira-kira 300 buah rumah.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kampung tersebut, kumpulan bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan penceroboh Sulu terbabit menyerang hendap pasukan berkenaan dengan melepaskan tembakan.

Pasukan kita telah diserang dan ditembak oleh kumpulan terbabit sehingga mengorbankan seorang pegawai dan lima anggota.

Anggota polis itu ditembak ketika mereka sedang menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Pihak polis kemudian telah mengerahkan pasukan bantuan ke kampung tersebut untuk membantu baki 19 orang anggota yang terperangkap di situ.

Operasi pasukan bantuan tersebut selama hampir 24 jam yang berakhir pada pukul 6.30 petang berjaya menyelamatkan 19 anggota terbabit dan mengeluarkan mayat semua anggota polis serta enam anggota kumpulan pengganas.

Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

Difahamkan ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

Ya kejam, cukup kejam!

Menurut sumber yang kami terima, kejadian sadis itu tidak dapat tidak, tak banyak sedikit, adalah ‘hasil’ daripada perbuatan tali barut mereka yang menyokong dan bersimpati dengan penceroboh-penceroboh berkenaan.

Apa itu tali barut?

Secara mudahnya, tali barut membawa maksud orang suruhan yang menyampaikan maklumat sulit kepada pihak musuh.

Kejadian di Jaya Simunul itu contohnya, pegawai dan anggota polis yang masuk ke kawasan berkenaan bukannya calang-calang, malah ada yang berpangkat Supritendan dan telah berkhidmat lebih pada 20 tahun dalam PDRM.

Majoriti mereka pula dari Cawangan Khas (SB), cawangan yang cukup terkenal dengan pergerakannya yang penuh taktikal dan kaya dengan muslihat.

Masakan mereka tidak mengkaji atau mengambil mudah sewaktu menyelinap masuk ke kampung berkenaan.

Namun sayang, ternyata ada yang sanggup menjadi tali barut hingga menyebabkan pergerakan polis berjaya dihidu.

Tali barut yang dimaksudkan itu boleh jadi orang dalam, boleh jadi penduduk kampung atau sesiapa sahaja!

Bukan hendak menunding atau menuduh sesiapa tetapi mahu tidak mahu, kita kena menerima hakikat wujudnya pembelot atau tali barut dalam insiden di Semporna ini khususnya, dan di negeri Sabah amnya.

Mereka inilah yang paling bahaya sebenarnya, mereka mungkin bukan di kalangan penceroboh yang bersenjata, tetapi dengan sebuah telefon bimbit sebagai contoh, sudah cukup untuk tali barut ini menyalurkan maklumat mengenai pergerakan lawan.

Setakat ini kita bersyukur kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah menafikan kewujudan pembelot di kalangan pegawai dan anggota keselamatan.

Jadi tumpuan perlu diarahkan untuk mengesan dan menangkap mereka yang menjadi pembelot atau tali barut di kalangan kita atau pendatang asing di sana.

Semoga kita mengambil iktibar daripada tragedi ini…sejarah Melaka sendiri telah membuktikan, kegemilangannya musnah disebabkan tali barut dan mereka yang bertindak bagai gunting dalam lipatan.

Tak mustahil ia berlaku lagi dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ini.

Jangan lupa hakikat itu!
-Newshub

6 comments:

  1. Yg pasti ny talibarut ada lh ahli2 UMNO sendiri.Bagaimana UMNO nk menafi kn bila yg di tahan oleh PDRM ada lh ketua cawangan UMNO.Sendiri punya tahi nk suruh org lain bersih kn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah sorang nye ko la..tali barut pengkhianat negara..al juburi

      Delete
  2. jgn tuduh2 melulu, kita patut terlebih dahulu "TANYA SAMA POKOK" utk tahu kedudukan sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Yelah taik kaki pencacai jubur cam ko ni. Sandiwara jubur mak ko hahaha. Nuar juburi terang main2 pelacur pegi sokong, Nuar kaki kencing *16 Sept* pakai rambut palsu main dgn pelacur hahaha. Bahlol nya pencacai...

    ReplyDelete
  4. Bercakap mcm Al Juburi... cakap takde bukti, rekaan semata dan ikut nafsu mmg sbijik mcm Si Jubur tu...

    ReplyDelete
  5. Bercakap mcm Al Juburi... cakap takde bukti, rekaan semata dan ikut nafsu mmg sbijik mcm Si Jubur tu...

    ReplyDelete