Friday, March 8, 2013

Lahad Datu!! Seorang Anggota Polis Dipotong Kedua Belah Tangan Oleh Pengganas Celaka Kiram III







Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.




11 comments:

  1. Betul kerja bodoh buang tenaga. Orang dah mati selesailah.

    Makanan terhad. Air bersih terhad.

    Merosakkan mayat tu di tegah ugama. Kita harus hormat mayat. Ugama apa mereka ni?

    Hal hal yang merugikan dari segi tektikal ialah:

    1. Buang tenaga belasah mayat
    2. Parang pulak makin tumpul di mana ketika itu masa adalah amat penting. Dah nak kena asah. Tenaga dan air di perlukan lagi
    3. Menyebab badan berpeluh tak pasal. Keelesaan penting ketika itu

    Bahalol punya lanun

    ReplyDelete
  2. Aku nak tanya orang yang kata Malaysia ni negara aman. Dah berlaku mcm ni adakah negara Malaysia ni aman? Dah ada 8 org yang terkorban mcm ni pun masih lagi kata Malaysia aman.. Hairan aku..

    ReplyDelete
  3. high on meth..for sure! no doubt bout it..

    ReplyDelete
  4. Dalam sejarah negara kita tak pernah berlaku bantahan rakyat dan beribu laporan Polis yang tiada tindakan.. Mana keberkesanan undang-undang negara untuk mempertahankan hak rakyat yang membuat laporan Polis? Mana keberanian Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya bertindak untuk membela dan menjaga keselamatan rakyat..

    Setakat memberi amaran tanpa tindakan, tak perlulah Hishamuddin duduk di kerusi Menteri, semua orang boleh jadi Menteri. Signboad jalan pun boleh bg amaran.. Hishamuddin juga mengeluarkan kenyataan palsu di Media sosial mengatakan keadaan di Sabah selamat sedangkan keadaan sebaliknya. Menteri apa macam ni? Kenyataan dia berpandukan dari laporan mana? Kalau dah pegawai dia buat silap buanglah dia.. Isu ini bukannya main-main.. Ini isu keselamatan negara.. Tak ada tindakan juga..

    Dia ni tak tahu buat kerja ataupun tak tahu buat apa-apa? Sampai bila nak simpan orang macam ni? Ada hati nak jadi PM pulak tu.. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Ahmad Albab, lu duduk tempat hishamudin tgk apa lu bleh buat.. Ckp pandai la.. Pegi lahad datu dulu baru ckp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam boleh buat.. Daripada tak buat apa-apa.. Setakat pakai jaket kulit dengan cap kononnya macam SB.. Semua orang pun boleh..

      Gua kat Lahad Datu sekarang.. Lu kat mana? Lu sokong hishamuddin lu dapat apa?

      Orang hina Polis dia buat apa? Orang tembak Polis dia buat apa? Takkan teruk sangat taktikal pasukan Polis sekarang sedangkan teknologi semakin canggih. Dulu-dulu zaman komunis teknologi taklah secanggih sekarang tapi boleh jumpa komunis dalam hutan tebal.

      Tak payah lah nak senaraikan tindakan-tindakan dia yang bakal menyusahkan negara. Nanti pembangkang ambil kesempatan.

      Delete
  6. Cilako punya pencacai sekarang ni semua org kat Malaysia ni x blh krluar rmh ke ..x blh buat kenduri ke...ada mcm duduk dekat selatan thai nak p kedai pun takut 2....ada puak blh buat sidanh media lg.. babi .cilako penyokonG PENZINA
    ... MAIN BONTOT...LAHANAT

    ReplyDelete
  7. Ahmad albab " ah lu complain pandai la telor..lu ade kt lahad datu pun duduk dalam rumah bukanneyr pegi perang.. tapi xper aku dh biasa dgn manusia mcm lu, xpernah puas dgn ape lu ade, sume org salah..lu sorang je betol..ckp memang A,sembang nk tinggi.. ke lu kt lahad datu ni lu yg jadi tali barut..tengok gaye ckp macam ye ...

    ReplyDelete
  8. ahmad albab xde kat lahad datu pun..anjing kurap ni mmg akan sentiasa kutuk sesapa jer..kurap ada di luar badan dan dalam badan. manusia jenis ni mmg xde akal dan hati budi. mgkn umo dia pun masih budak lagi..sbb tu sgt kurang ajar..kalau aku jumpa ngan budak kurap mcm ni,,,,maaf cakap aku akan layan dia mcm pengganas sulu tu..mmg aku akan buat mcm tu FAHAM AHMAD MUSIBAT!!!!!

    ReplyDelete
  9. bodoh betullah budak yg guna nama ahmad albab nie...mungkin otak dia,dia letak kat kemaluan..sbb tue ckp ja lebih,tanpa brfikir...xya layan sngt budak bodoh mcm nie...dia xtau apa2,yang dia tau pegang lancau..goncang...sbb tue jd bodoh tahap syaitan....

    ReplyDelete