Aakj berterima kasih pada sahabat dari Sabah yang jemput aakj untuk melihat sendiri apa yang berlaku ketika petaka melanda Lahad Datu.
Aakj merasai apa yang Pejuang Negara rasai walau tidak sehebat apa yang Pejuang Negara rasai ketika mula pijak kaki d bumi yang satu ketika dulu aman sejahtera..satu ketika dulu masyarakatnya hidup saling membantu.
Tanduo, Lahad Datu bergegar dengan pencerobohan pengganas dari kepulauan Filipina..Pengganas Sulu..yang datang tanpa d undang..kononnya ingin mengambil balik hak mereka yang mereka serahkan dulu kepada Malaysia..kononnya serahan itu tidak sah !
Tanduo, Lahad Datu..kalau dulu kita boleh menikmati sajian makanan laut yang segar..'fresh' dari laut..gempar bila manusia yang kononnya Islam tetapi datang dengan zahirkan kekejaman yang tak pernah kita fikirkan selama ini.
Bayangkan, demi ingin tunjukkan bahawa mereka sanggup buat apa saja dan sanggup mati kononnya menuntut hak mereka..mereka sanggup cungkil mata anggota keselamatan, ada yang d buraikan isi perut, hati dan limpa d jadikan makanan ikan..malah ada syuhada kita d penggal kepala tanpa belas kesian. Manusia atau iblis mereka ini !! tuuuiHHH laknat sungguh !!
Hari pertama aakj sampai..permintaan aakj kepada sahabat dari Sabah yang pertama adalah ingin melihat Tanduo yang melakarkan sejarah pahit seluruh rakyat Malaysia..aakj minta ingin melihat d mana mayat dua arwah Syuhada gugur demi pertahankan negara.
Sahabat aakj maklumkan bahawa kawasan itu masih d bawah kawasan larangan..tidak d benarkan orang awam masuk..agak kecewa..nak menghampiri pun tak dapat..
Namun terubat juga bila sahabat aakj bagitau dia akan bawa ke tempat d laluan d mana 2 arwah syuhada berjaya d bawa keluar.
Di mana aakj berdiri..d situlah laluan dari Tanduo yang mana jenazah 2 arwah syuhada d keluarkan. Ketika d awal kejadian, laluan ini d kawal rapi dan d bina kubu untuk menghalang pengganas dari bolos keluar dan terlepas masuk ke pekan Lahad Datu.
Malah ketika 'masih panas' ada wartawan dari Filipina memaki hamun polis kerana tak d benarkan masuk sejauh tempat aakj berdiri kerana bimbang pengganas ada berhampiran bersembunyi d sebalik pokok kelapa sawit.
Aakj mohon kepada sahabat dari Lahad Datu untuk luangkan masa sedikit d laluan ini untuk 'merasai' detik cemas bagaimana Anggota Keselamatan kita d bunuh dengan kejam..ingin rasai bagaimana cemasnya mereka berhadapan dengan pengganas yang memang terkenal bersifat binatang..sanggup menipu untuk membunuh !!
Perasaan sedih..marah dan sakit hati yang teramat sangat bila kenangkan bagaimana 2 syuhada kita d tipu, mereka ingatkan pengganas ingin menyerah diri dengan mengangkat 'bendera putih'..rupanya mereka tunggu 2 arwah syuhada datang dekat dan terus melepaskan tembakan tepat ke kepala syuhada !! Allahhuakbar !
Sepanjang aakj berada d kawasan 'selamat' aakj sempat meninjau dewan yang d jadikan tempat perlindungan sementara penduduk Tanduo..melihat sendiri bagaimana mereka terpaksa tinggalkan rumah dan harta benda mereka hanya kerana ada manusia keparat yang ingin berkuasa..ingin merampas kuasa !!
Walaupun keadaan semakin tenang dan pihak pengganas dah mula d kepung..aakj rasa belum terlambat untuk 'berada' bersama mangsa manusia yang berperangai iblis ini.
Aakj juga sempat temubual penduduk yang menjadi tawanan, klik SINI.
Malah rupanya ada cerita yang amat mengejutkan aakj terima..banyak cerita yang mengejutkan aakj..yang tak masuk d akal..insyaAllah bila aakj tiba d KL..aakj akan mulakan lakaran 'story' kejutan ini..
...bersambung...Kisah "KING is DEAD" !! ...orang kampung kata tak sepatutnya 2 syuhada gugur..yang sepatutnya mati adalah manusia pengkhianat pada negaranya sendiri !!
AL-FATIHAH !
terbaekk la bro. mesti lebih terasa sedih dan sayu tika ada d tempat kejadian. hanya allah tahu derita d hujung nyawa d ketika itu. ganjaran dari allah pasti bersama pejuang kira. amin. terima kasih dan tak sabo nak tau cite lanjut.
ReplyDelete