Tuesday, March 26, 2013

Lahad Datu Eksklusif ! Dalang Salur Dana Biayai Pengganas Kiram III Di Buru !



Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana. 

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya. 

Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara. 

2 comments:

  1. Dah tak main amaran main nasihat pulak.

    ReplyDelete
  2. Kiram adalah Dajjal di Filipina. antara sifat Dajjal adalah
    1. Buta mata kanannya...Kiram buta mata kanannya kerana diabetes
    2. Mengaku beriman tetapi sebenarnya kejam...pengganas Kiram bertindak kejam membunuh pasukan keselamatan kita dengan mengorek mata, melapah, menetak dan potong kepala...
    3. Menjalankan agenda proksi Yahudi dan Dajjal di negara lain (PKR - mata satu) untuk melemahkan umat Islam
    4. Menceroboh hak, wilayah dan negara Islam untuk merampas kuasa.
    5. Terus menipu dan berbohong untuk dapat simpati ramai.
    6.Mempergunakan Islam untuk mendapat simpati.

    Inilah ciri-ciri Dajjal kecil yang ada pada Kiram dan para pengikutnya

    ReplyDelete