Sunday, March 10, 2013

Lahad Datu!! 44 Warga Asing Ditahan Lindungi Pengganas



Op Daulat pasukan keselamatan yang masuk minggu kedua menahan 44 orang lagi dipercayai ada kaitan dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

Kesemua mereka berusia 18 tahun ke atas dan empat daripadanya adalah wanita.

Bagaimanapun, polis telah membebaskan 11 daripada mereka dalam operasi yang dibuat di Kampung Pinggir Bakau di sini, kira-kira dua kilometer dari Kampung Simunul, lokasi mengorbankan enam anggota polis Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, operasi berkenaan dilakukan antara jam 6.30 pagi hingga 9 pagi tadi.
"Kesemua mereka yang ditahan dipercayai melindungi penjenayah Sulu. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu untuk membantu siasatan.

"Operasi berkenaan bagi melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti kaitan dengan kejadian ini," katanya.

Sementara itu beliau berkata, orang ramai tidak perlu risau dengan pertambahan anggota keselamatan polis dan tentera di sini.

"Ini adalah bagi menambah keyakinan masyarakat dan disarankan tidak panik dengan sebarang kejadian," katanya.

No comments:

Post a Comment