SEKALI imbas bandar Lahad Datu di Sabah ini tiada beza dengan bandar-bandar lain.
Ia tenang dan aman cuma agak sunyi bila menjelang malam.
Apatah lagi bila berlakunya kejadian pencerobohan pengganas Sulu di sekitar kawasan Felda Sahabat.
Walaupun jarak antara kedua-dua tempat itu agak jauh, iaitu kira-kira 130 kilometer, namun kebimbangan penduduk di bandar itu tetap ada.
Sebab itu bandar kecil ini menjadi semakin sunyi bila tibanya waktu malam.
Namun masih ada yang seolah-olah tidak mengambil kisah apa yang berlaku.
Malam tadi ketika membuat tinjauan di sekitar pusat bandar, masih ada yang menjual rokok-rokok seludup di tepi jalan secara terbuka.
Walaupun jumlah penjualnya dikatakan turun secara mendadak, namun ada yang ‘buat bodoh’, mungkin kerana itu punca utama rezeki mereka.
Tetapi yang paling mengejutkan, kami menemui sekumpulan pondan dan gadis bawah umur di celah-celah bandar kecil itu.
Pada mulanya kami menyangka mereka mungkin remaja yang hanya bersiar-siar mengambil angin malam, tetapi jangkaan kami meleset.
Mereka bukan mengambil angin malam, tetapi sebenarnya KUPU-KUPU MALAM!
No comments:
Post a Comment