Jangan pandang ringan strategi Kit Siang dan Dap masuk Johor !! kita Siang bukan lari dari Perak dan jauh sekali Dap lemah di Perak.
BN, terutamanya parti komponen MCA wajar beri perhatian serius strategi Dap ini. Undi Dap dan tolak calon Cina dari BN adalah matlamat utama Kit Siang.
Rujuk apa kata sabahat aakj d MYKMU :
Dengan kedudukan semasa parti itu yang
semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan di kalangan orang cina,
adalah tidak logik sama sekali untuk parti tersebut menunjukkan
kelemahannya secara terang terangan, dengan memindahkan Kit Siang dari
kawasan kuatnya di Ipoh Timur.
Ini sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi, cuma nak tahu agenda apa dan macam mana?
Dari apa yang penulis nampak, pemindahan
Kit Siang ke Johor adalah semata-mata untuk menganggu 9 kerusi parlimen
negeri tersebut yang bakal ditandingi MCA dalam pilihanraya umum akan
datang.
Kemasukan Kit Siang ke negeri kubu kuat
UMNO itu, akan memberi motivasi kepada pengundi cina untuk mengundi
calon-calon DAP dan menolak calon BN di Johor, walaupun dia seorang
cina.
Terutama di kawsan parlimen dimana populasi pengundi mengikut pecahan kaum, adalah seimbang.
Di kalangan pengundi Melayu luar dan
pinggir bandar, tidak ada persoalan bahawa calon DAP akan ditolak sama
sekali, sehinggakan ada berlaku di sesetengah tempat, bendera DAP yang
diletak sebelah menyebelah dengan dengan bendera PKR dan PAS pun akan
diturunkan kerana bimbang di bantah orang Melayu.
Tapi bukan itu kesnya dengan Melayu
kawasan bandar. Faktor tekanan hidup, keterbukaan dalam menerima konsep
pemahaman baru dan sebagainya telah menjadikan penerimaan Melayu bandar
terhadap konsep perjuangan DAP, berada dalam keadaan begitu baik
sekali.
Keadaan ini ditambah dengan sokongan hampir sepenuhnya dari pengundi cina, menambah kepada keseriusan masalah ini.
Senario inilah yang diharapkan Kit Siang
akan berlaku. Maka itu dia tidak kisah untuk berhijrah ke Johor,
meninggalkan kawasan selamatnya di Perak.
BN dan UMNO perlu kaji keadaan ini dengan
baik. Walaupun BN menang di kawasan Gelang Patah dengan majoriti lebih
8,000 undi pada 2008, tapi itu bukan bermaksud keadaan sama akan
berkekalan dalam pilihanraya umum akan datang.
Anwar pun bakal buat kejutan..jangan terkejut atau pitam..tak yah dok panik..manusia pelbagai wajah ni sanggup buat apa saja demi impian dendamnya tercapai..yang penting dia jadi PM !!
Anwar pun bakal buat kejutan..jangan terkejut atau pitam..tak yah dok panik..manusia pelbagai wajah ni sanggup buat apa saja demi impian dendamnya tercapai..yang penting dia jadi PM !!
KITA JUGAK KENA BERHATI2 SBB TUJUAN KIT SIANG PEGI JOHOR SBB DIA NK BN TUMPUKAN JOHOR..SO,KAWASAN DIA KT PENANG,PERAK & SELANGOR SELAMAT..DIA TAK NAK BN TUMPU KAWASAN YG DIORANG MENANG DULU..
ReplyDeletehahaha ...nampaknya setiap seorang pemimpin PR akan membawa kemenangan untuk 2 kerusi Parlimen .
ReplyDeleteAnwar mungkin akan menang kerusi parlimen di tempat lain di tandinginya manakala hanya meletakkan tunggul di permatang pauh pon PR rasanya tiada masalah nak menang .
Habislah BN kali ni ...
Kesian orang permatang pauh.....
ReplyDeleteHina benor bunyinya...sampai letak tunggul pun
org boleh bagi undi ekk...ishh ishhh