Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu Terkini!! 20 Mayat Pengganas Sulu Ditemui


ops-sulu[1]

Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.
Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas


Ini bermakna sehingga kini 38 pengganas Sulu berjaya dibunuh termasuk 12 orang yang berjaya ditembak mati semasa pertempuran pertama di Lahad Datu dan 6 orang lagi ditembak mati ketika pertempuran kedua di Kpg Sri Jaya, Simunul, Sampoerna.

Menurut laporan oleh Utusan Online juga, pihak keselamatan masih meneruskan usaha-usaha penggeledahan bagi mencari saki baki pengganas yang masih hidup atau yang telah terbunuh.
Sementara itu Ketua Polis Negara memberitahu setakat ini mayat ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzumudie Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III belum lagi ditemui.

Di pihak pasukan keselamatan negara, Alhamdulillah tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, InsyaAllah semoga ianya berkekalan.
Sementara kita semua rakyat Malaysia menantikan laporan-laporan mutakhir mengenai situasi semasa di Lahad Datu, eloklah teruskan memanjatkan doa ke hadrat Illahi, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan insiden di Lahad Datu ini akan tamat jua akhirnya.

2 comments:

  1. Lama dah saya tak dengar lagu ini...tiba2 rasa sebak dan menitiskan airmata melihat video para pejuang kita..Wahai para pejuang...jasamu berkorban dan bjuang utk negara...hanya Allah swt saja yg dpt mbalasnya...kami amat terhutang budi wahai pahlawan semua...

    ReplyDelete
  2. ulang mayat tu tak sesuai diorang ni binatang...maka bangkailah perkatAan yg sesuai

    ReplyDelete