Tuesday, February 5, 2013

Wan Azizah Omega Setaraf Dengan Isteri Nabi Muhammad saw ? Nauzubillah !!


Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar ‘Tokong’ oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah, isteri peliwat tersohor Asia dengan ‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, 2 Februari lalu.

Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai ‘keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’.


Tidak mungkin ABIM, atau nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, tidak tahu asal-usul, sejarah, sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah.

Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama. Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak, matang, serta tidak bergantung kepada status suami atau keluarga, tetapi mempunyai status sendiri. 


Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang disegani dan kerana kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus perniagaan keluarga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Saiyidatina Khadijah begitu terkenal di kalangan masyarakat Quraisy.

Pekertinya yang mulia, menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi gelaran ath-Thahirah (wanita suci). Pendek kata, beliau memiliki pakej lengkap, iaitu mulia, bijak dan juga kaya yang mana membuatkan ramai yang menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar janda.

Namun, hatinya tidak terbuka sungguhpun yang menaruh hati padanya itu bukan sahaja pemuda dan pembesar Quraisy, tetapi juga dari raja-raja yang memerintah negara.

Allah SWT telah mentakdirkan yang hatinya hanya terbuka kepada Rasulullah SAW yang 25 tahun lebih muda darinya dan beliau mengambil langkah pertama merisik khabar melalui teman dan saudara untuk menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Hanya apabila mengetahui isi hati beliau dan bahawa Rasulullah SAW juga membuka hati kepadanya, barulah pihak keluarga Rasulullah SAW menghantar peminangan.

Perkahwinan Saiyidatina Khadijah dengan Rasulullah SAW penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati. Rasulullah SAW senang meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu juga sebaliknya. Saiyidatina Khadijah adalah pendorong semangat, penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah SAW.

Allah SWT telah memberikan kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan sahaja kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi segala cabaran, tetapi juga kepada pengikut baginda di mana Saiyidatina Khadijah sentiasa bersedia mendermakan hartanya bagi memastikan mereka tidak mudah diperguna atau didera oleh musuh Islam.

Kesimpulannya, Saiyidatina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri. Untuk itu, beliau telah dijanjikan syurga dan Rasulullah SAW sendiri mengiktirafnya dengan sabda “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti ‘Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad.”

Berdasarkan hakikat ini, apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah sempena wanita paling mulia ini? Dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah.

Wan Azizah bukanlah seorang wanita yang terhormat kerana sanggup kahwin lari di Thailand dengan Anwar apabila hubungan mereka tidak direstui bapa Azizah. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980 tanpa majlis yang meriah dan tanpa gambar perkahwinan. Sebelum itu, mereka telah bercinta sakan ketika belajar, di mana Azizah sering membonceng motorsikal Anwar untuk bersiar-siar.

Wan Azizah juga bukan lahir dari keturunan bangsawan, sebaliknya biasa-biasa sahaja. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah emosi di mana beliau disifatkan sebagai mempunyai simptom kekurangan kasih sayang.

Kita juga melihat alasan ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’ amatlah melucukan kerana kalaupun Azizah punya keberanian, keberanian itu tiada kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan. Malah, ia adalah seratus-peratus bertentangan.

Benar Wan Azizah berani, tetapi berani untuk membela peliwat, berani bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi. 

Anak kandung yang dididiknya sendiri juga terang-terangan mengiktiraf pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa peliwatnya dengan Wan Azizah setia membantu, menyokong dan membela mereka pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.

Walaupun setia kepada suami adalah sesuatu yang mulia, tetapi setia membuta tuli adalah tindakan yang bodoh dan jahil iaitu amat bertentangan dengan ciri-ciri wanita Islam sejati yang diteladankan oleh Saiyidatina Khadijah.

Wan Azizah bukan pejuang Islam, tetapi pejuang liberalisasi, pluralisme and LGBT selaras dengan pendirian suaminya. Oleh itu, walaupun beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana Saiyidatina Khadijah, tetapi beliau tidak wajar menerima sebarang penghargaan apatah lagi dalam bentuk anugerah atas nama tokoh yang mulia tersebut.

Justeru, ABIM wajar menarik balik anugerah tersebut dari Wan Azizah kerana beliau jelas telah memilih untuk taat kepada suami melebihi taat kepada dari ajaran Islam.

Kepada ABIM, jangan dihina wanita Islam ke tahap sebegitu rendah, dan jangan dihina Islam sehingga begitu sekali dengan meletakkan sesuatu anugerah yang begitu mulia, kepada wanita yang menjadi talibarut pengkhianat agama, bangsa dan negara. Dan lebih-lebih lagi jangan dihina Saiyidatina Khadijah dengan mengaitkan beliau walaupun dengan hujung krambut atau hujung jari Wan Azizah. 

2 comments:

  1. Khadijah binti Khuwailid r.a. antara 4 wanita paling mulia sepanjang zaman, Allah swt sendiri memberi salam kepadanya, isteri paling disayangi dan dihormati manusia paling mulia nabi akhir zaman Ar Rasul Muhammad saw.

    wan azizah ????

    ReplyDelete
  2. dunia akhir zaman...si kafir yg makan babi disamakan dgn Khalifah Umar Abd Aziz...isteri kpd si peliwat/penzina disamakan dgn isteri Rasulullah...puak yg ngaku ulama parti Islam hnya diam membisu jadi pak angguk je...

    ReplyDelete