Monday, February 18, 2013

UMNO Kedah Masih Celaru !!



Pada Jumaat lepas admin dimaklumkan tentang kejadian ribut yang melanda Kampung Ulu yang terletak di Mukim Relau,  DUN Bandar Baharu dan berada di Parlimen Kulim/  Bandar Baharu.

Sebaik menerima berita tersebut, admin segera berhubung dengan sahabat admin yang juga berhubungan baik dengan beberapa individu yang dikenali sebagai orang kuat UMNO.

Dengan harapan menggunung dan hajat untuk menawan semula Kedah, negeri kelahiran admin, segalanya hancur apabila dimaklumkan bahawa orang UMNO yang datang melawat hanyalah seorang veteran UMNO yang hadir menaburkan janji bahawa bantuan akan diberikan sedikit masa nanti.

Lebih menyedihkan, admin dimaklumkan oleh mangsa, wakil daripada PAS sudah hampir dua kali hadir untuk menghulurkan bantuanbaik dari segi kewangan mahupun kata- kata semangat.

Berikut adalah sebahagian gambar targedi yang menimpa untuk paparan dan dinilaikan status kerosakannya;


Selanjutnya d SINI

No comments:

Post a Comment