Wednesday, February 20, 2013

Terbaru !! Nasharudin Mat Isa Bakal Menteri Hal Ehwal Agama Islam Pertama !


Terbaru! Kementerian Hal Ehwal Agama Islam akan dibentuk oleh Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib dan Menteri Pertamanya yang disebut2 yg bakal dilantik adalah Hj Nasharudin Mat Isa (bekas Presiden PAS)..haha Hadi Awang & Nik Aziz pasti jatuh terkangkang dengar berita ni...hahaha - Syam 

Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat bekas Presiden PAS Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa yang telah diwar-warkan bakal dilantik sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam iaitu sebuah kementerian baru yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf kepada Kementerian dalam masa yang terdekat.

Tidak lupa ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan stu entiti ditahap kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini dmana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.

Keputusan menaiktaraf JAKIM kepada taraf Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini secara langsungnya juga telah merealisasikan usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.

Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara.

Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.




9 comments:

  1. syukur alhamdulilah suke sanggattt.

    ReplyDelete
  2. SYukur ke hadrat Ilahi....PAS yg berkompang menyalak pejuang Islam tapi DSNajib/BN/UMNO yg merealisasikan memartabatkan Islam ketahap yg tertinggi....PAS hny menjatohkan maruah agama Islam adala....kalimah Allah pon sgp di gadai.....

    ReplyDelete
  3. Haaaa...termakbul jugak hajat Ustaz herot ni nak songlap duit rakyat.

    ReplyDelete
  4. anon kt atas ni..lambang pencacai penbangkang..menghina kejadian Allah s.w.t,mfitnahkn seorg manusia yg mulia hati nya..hanya kegaza bsama pm mjadi satu kesalahan..brfikirlh umat islam..jgn jd syaitan btopengkn manusia...

    ReplyDelete
  5. Anon 7:44. Buat lagi fitnah ya. Banyak hwtaz nasha dpt pahala....

    SANDY

    ReplyDelete
  6. bukan bekas presiden PAS bro, tapi Naib Presiden. Harap betulkan fakta ya.

    wslm

    ReplyDelete
  7. Harap2 Ustaz Nasha dapat membersihkan umno yg makin lame makin kronik :) tak lupe jgk pade pihak pembangkang, harap2 Pkr ngn Pas dapat bergabung dgn umno n same2 memperjuangkan agame yg Mulia lagi Menyucikan ini..n jgn bia puak2 kapir memporak-porandakan pegangan agama kita.
    Wallahualam. :)

    ReplyDelete
  8. Ini lah berita menangani kemelut dihadapi skrg. Baru lah kebenaran dpt diterap melalui teladan secara islamik.

    ReplyDelete