Menteri Besar berkata, bukan hanya sokongan diperlukan, masyarakat Tionghua juga diingatkan tidak terpengaruh dengan desakan dan propaganda pihak luar memandangkan apa yang sudah dikecapi semua kaum di negara ini kini amat selesa, harmoni dan terhindar dari masalah.
“Saya sebenarnya bersifat terbuka, kata orang, `ada ubi ada batas, ada hari boleh balas’. Kita tidak minta pergi berperang, atau sebagainya. Cuma minta dalam tempoh lima tahun sekali pergi menunaikan tanggungjawab mengundi itu sahaja.
“Sebab itu kita monitor, pada PRU ini mahu melibat sama ada masyarakat Tiong Hua sokong kita sepenuhnya atau tidak. Ataupun ramai pembangkang, sokong Pas.
Kadang-kadang politik ini tidak boleh percaya, depan beres bos..belakang, dia `beres’ kita pula.Beres bos, beres bos, belakang kita rebah. Formula saya mudah. Saya tidak mahu menyakiti orang, dan saya juga tidak mahu orang marahkan saya. Malah, saya bersedia menolong sesiapa sahaja,” tambahnya.
Katanya, kerajaan negeri bersedia menunaikan permintaan dan keperluan seluruh penduduk di negeri ini tanpa mengira kaum asalkan ia mendatangkan manfaat dan memberi kepentingan ramai.
Selanjutnya baca d SINI
No comments:
Post a Comment