Monday, February 4, 2013

Selangor SX ! Pelajar Tadika Kemas "Di Bunuh Dengan Air.." ?


Puchong-20130204-00173
Puchong-20130204-00175
Rupa-rupanya setelah MPSJ diberikan hak untuk membayar semua bil, apa yang dilakukan amat menyedihkan, sekaligus mencerminkan sikap sebenar Pakatan Rakyat. Semua bil tersebut diperuk dan disimpan tanpa dijelaskan bayarannya.
Hari ini, petugas SYABAS telah datang dan memotong bekalan air TADIKA KEMAS ANGSANA USJ1.  Jumlah bayaran yang tidak dijelaskan oleh MPSJ adalah sebanyak RM430.16.
Penduduk yang prihatin dengan nasib kanak-kanak di tadika tersebut, mengambil inisiatif sendiri dan mengambil keputusan untuk membayar bil berkenaan.
Puchong-20130204-00176
Sama ada Kerajaan Pakatan Selangor akan mengeluarkan pelbagai dalih dan alasan sambil menyalahkan petugas SYABAS kerana membuat potongan bekalan air tersebut, ianya pasti akan memperlihatkan sikap hipokrit mereka yang amat keterlaluan.
Bagaimana pula dengan reaksi daripada MPSJ...Sila baca d SINI

No comments:

Post a Comment