Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil mendedahkan bahawa seorang pemimpin DAP Selangor telah menyatakan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat ini.
ADUN yang mewakili BN itu mendakwa, hasrat tersebut disampaikan oleh pemimpin itu kepada beliau melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) minggu lalu.
Abdul Rahman bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin DAP itu, sebaliknya meminta pemberita menunggu 'berita baik' yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Pemimpin itu menyatakan hasrat menyertai BN kerana tidak berpuas hati dengan masalah dalaman yang menimpa DAP, selain konflik pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.
"Jadi kita tunggu sahajalah berita baiknya tidak lama lagi," kata beliau.
Blum apa lagi gebang je lebih, kalau tak jadi masuk kan dah malu, biar masuk dulu baru gebang baru besttt....
ReplyDelete