Wednesday, February 27, 2013

DS Rosmah Berjaya Kumpul RM 22 Juta Dana Kanak-Kanak !! Wan Azizah Terkial Sembunyikan Jam Omega !!


Dengan mempertaruhkan bakat-bakat anak-anak Permata, Penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor telah berjaya menyemai nilai-nilai kemanusian dikalangan golongan tersebut.
Melalui Konsert Amal Permata Negara, Rosmah yang juga isteri kepada Perdana Menteri mendidik anak-anak program berkenaan untuk melakukan sesuatu dalam membantu golongan kanak-kanak yang bernasib malang.
Apa yang nyata, usaha itu bukan sahaja memberi faedah serta pendedahan yang murni dikalangan kanak-kanak malah ia sekaligus telah membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam bencana alam, peperangan dan sebagainya di seluruh dunia.
“Kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan pelbagai kesengsaraan dan penderitaan yang dialami kanak-kanak sedunia… malah setiap tahun ratusan ribu kanak-kanak meninggal dunia dan sengsara akibat konflik peperangan, bencana, penyakit kebuluran, pengabaian, penderaan dan sebagainya berlaku.
“Di atas kesedaran inilah, maka sara berasa terpanggil untuk menubuhkan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia yang mana melalui konsert ini adalah langkah pertama dalam mengumpulkan dana.
“Apa yang saya mahukan adalah, anak-anak Program Permata ini melakukan usaha diatas bakat mereka sendiri dalam membantu rakan-rakan yang bernasib malang agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti orang lain.
Menurut Rosmah lagi, melalui perlancaran tabung dana kemanusiaan yang bersandarkan prinsip ‘Dari Kanak-Kanak untuk Kanak-Kanak’ ia sedikit sebanyak telah menyuntik nilai-nilai menderma dikalangan anak-anak Permata.
Katanya, apa yang lebih membanggakan adalah melalui konsert terbabit, anak-anak Permata Seni telah menyajikan persembahan yang bertemakan ‘Mensyukuri Nikmat Kedamaian’ dengan penuh perasaan sehingga ia menyentuh hati para penonton.
“Pada malam ini seramai 160 anak-anak dari Permata Seni Tari, Muzik dan Koir telah mempamerkan bakat masing-masing demi membantu kanak-kanak seusia mereka yang kurang bernasib baik.
“Dan atas bakat serta latihan dedikasi anak-anak ini, Permata telah berjaya mengumpulkan dana hampir RM 22 juta dari pelbagai pihak sama ada dari agensi kerajaan mahupun syarikat korporat.
Apa yang diharapkan kini, menurut Rosmah, sumbangan dari pelbagai pihak tidak akan terhenti setakat perlaksanaan konsert berkenaan sahaja sebaliknya ia akan diteruskan.
Justeru, beliau menyeru agar lebih banyak syarikat korporat serta individu-individu yang berminat untuk terus menyumbangkan dana kepada tabung tersebut.
“Kita harap melalui tabung ini, lebih ramai-ramai anak-anak yang kurang bernasib baik boleh mendapat manfaat daripadanya,” katanya ketika berucap di Konsert Permata Seni 2013 di Istana Budaya malam tadi.
Menerusi majlis berkenaan Raja Permaisuri Agung, Tuanku Sultanah Hajah Haminah turut bekenan untuk hadir dimana tuanku diiringi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd  Najib Tun Razak.
Turut memeriahkan majlis, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Utuk galeri gambar – KLIK SINI

7 comments:

  1. ini baru betul...semaikan nilai2 murni kat kanak2 ni masa diorng kecik lagi bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya..bkn mcm sstngah pihak yg mnggunakan pembangkang utk mlakukan rusuhan haram strusnya mnjadi kan mereka sbgai perisai kalau brlaku kkecohan dan mnggunakan alasan yg pihak berkuasa serang kanak2..apa2 pun aku salute program ni beb, kanak2 pun trut sama dpat brkorban dan merasai apa itu sumbangan yg sebelum ni mgkin ad sstngah mereka tak faham....

    ReplyDelete
  2. cara yang bijak dalam memdidik kanak-kanak untuk memjadi pemimpin masa hadapan negara...kanak kanak perlu didik dengan lebih awal untuk menjadikan kanak-kanak harapan negara..jangan jadi sperti seperti pembangkang yang lebih mengajar anak kearah keburukkan seperti membawa mereka kep perhimpunana haram...

    ReplyDelete
  3. Satu usaha yang terbaik untuk masa depan adik adik yang akan meningkat dewasa tidak lama lagi, kita duduk di Malaysia ni beruntung kerana kita mempunyai pemimpin yang hebat dan terbaik sentiasa memikirkan nasib rakyat. Tahniah Datin Rosmah, Ini program yg terbaik!

    ReplyDelete
  4. satu program yg amat bagus secara tidak langsung ia dapat mendidik anak-anak permata untuk melakukan sesuatu dalam membantu golongan kanak-kanak yang bernasib malang....anak-anak Program Permata ini melakukan usaha di atas bakat mereka sendiri dalam membantu rakan-rakan yang bernasib malang agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti orang lain..tahniah aku ucapkan kepada rosmah kerana beliau telah berjaya menyemai nilai-nilai kemanusian di kalangan anak-anak permata....bukan nyer mcm jijah duk sibuk kumpul koleksi jam omega x membawa hasil langsung kepada negara atau pun rakyat.... muahahahaha........

    ReplyDelete
  5. INILAH BUDAYA YG SIHAT KECIL2 LAGI DAH DIPUPUK SEMANGAT INGIN MEMBANTU GOLONGAN YG MEMERLUKAN, SEMUA INI BERLAKU HANYA KERANA ADANYA PERMATA NEGARA YG TLH DI ILHAMKAN OLEH ROSMAH. DGN INI DAH PASTI GOLONGAN KANAK2 INI AKAN LEBIH PRODUKTIF DLM HIDUP MEREKA YG AKAN DATANG NANTI.

    ReplyDelete
  6. kita patut bangga dgn negara kita kerana dgn adanya permata negara yg tlh dihasilkan oleh rosmah telah byk membantu anak2 kita utk belajar dari peringkat awal lagi dan sekaligus menjadi insan yg beguna. kecil2 dah blh bantu kumpul dana yg byk utk membantu.

    ReplyDelete
  7. sekali lagi taniah pada ds rosmah kerana beliau tlh menjayakan program permata ini dan sekaligus memberi peluang ada anak2 kita utk menimba ilmu dari usia yg muda. kanak2 inilah yg bakal menjadi pemimpin pada masa yg akan datang nanti. seharusnya kita mempunyai banyak lagi org yg berjiwa seperti ds rosmah bukannya mcm anwar yg asyik dengki dgn kejayaan org lain.

    ReplyDelete