Sunday, February 17, 2013

Dana PRU13 RM 2 Billion !! "Investment Bankers" Kelihatan Keluar Masuk Pejabat Anwar


Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, ramai wajah baru yang dipanggil mengadap Anwar di Tropicana. Wajah-wajah yang tak biasa nampak pun ada. Kata seorang pegawai HQ, ini adalah pemandangan biasa 5 tahun sekali. Akan ada wajah-wajah baru yang dipanggil datang. Antara yang semakin kerap berada di HQ kebelakangan ini adalah Rahim Ghouse dan beberapa orang budak muda (investment bankers) yang diajak masuk berbincang. Mat saleh pun ada. Tapi jarang-jarang sekali.
Anwar sudahpun memberikan komitmen PERIBADI, bahawa dia sanggup menyediakan DANA KHAS sebanyak RM2 bilion menjelang PRU kali ini. Angka ini nampak tidak banyak. Tetapi sebagai seorang "Huguan Siou", dia tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar. Usaha sedang dilakukan oleh Rahim Ghouse dalam menentukan kaedah kemasukan wang yang paling selamat dan gagal dikesan. Pasaran saham, Bursa Malaysia dijangka dijadikan alat yang paling penting.
Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa. Perhatikan sahaja. Blog ini boleh namakan beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA, MKN dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan.
RM2 bilion ini akan difaraidkan ke kawasan-kawasan Parlimen/DUN yang dirasakan berpotensi dan boleh menang.
SEMENANJUNG
Fokus Anwar  pada ketika ini adalah 50 kerusi Semenanjung yang dirasakan paling mahu diberikan perhatian. 31 kerusi PKR sedia ada; dan 9 kerusi baru 9 kerusi baru yang bakal mendapat dana yang lebih besar adalah seperti berikut:-
1. Bukit Katil (Shamsul Iskandar)
2. Pandan (Rafizi Ramli)
3. Gelang Patah
4. Alor Setar
5. Temerloh (SA?)
6. Sabak Bernam (Dr Aziz Bari)
7. Lumut
8. Ledang
9. Muar.
10 kawasan lain sedang diperhatian secara halus oleh Saifuddin Nasution. Masih dalam kedudukan ragu.
Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Dr Aziz Bari dan Temerloh (?) dikatakan antara kerusi yang dikategorikan sebagai WAJIB MENANG (dan peruntukan yang lebih dijangka akan diberikan kepada bakal calon dan jentera kawasan terbabit). 
Demikian juga untuk 5 kerusi yang lain. Untuk 9 kawasan ini sahaja, Huguan Siou sanggup allocate sehingga RM8 juta jika diperlukan untuk setiap kawasan Parlimen. Shamsul Iskandar tidak boleh tewas. Rafizi wajib dipastikan kemenangan. Itu arahan khas Huguan Siou.
Penting !! Baca seterusnya d SINI

1 comment: