Saturday, February 2, 2013

Bekas Peguam Negara Mula Kritik Kerajaan BN


Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.
Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.

“Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.

“Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya,” kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Aakj; hehehe bila dah jadi bekas..jadi mantan..semua yang tak elok mula nampak..mula nak buka mulut..zaman dia jadi peguam Negara..sempurna semua ? kah kah kah...

Bila jadi bekas dan mantan ni maka adalah portal dan blog puok kera mari ambik kenyataan..kononnya nak dengar dari mulut bekas hehe..aakj nak nasihat bekas atau mantan ni..bagi komen biar dari dua sudut..setiap benda ada baik dan buruk..Nabi saw pun pernah kata..issss ngaji ke dok ni hehe..

6 comments:

  1. dah buat salah memamng la kena saman, dah terbukti dalam camera hahahha nk jgk popular la tue

    ReplyDelete
  2. bila dh pencen, pendapatan dh kurang. tak semewah dulu. asal ada ruang utk dpt 'side income', rembat ajela. lgpun, puak2 kera belaan anwar ada bajet besar utk bayar air liur 'bekas-bekas' ni...

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi nk join Fauzi Shaari masuk hamPAS... lagi bagus...

    Boleh suruh mereka bukak mulut tentang kejahatan BN selama ini... ek, ada ke Fauzi bagitau ape-ape pasal kejahatan BN?? Tarak pun... masuk sebab nak pangkah hamPAS untuk sorga pork nick je... hehe

    ReplyDelete
  4. Janganlah marah, untuk makluman semua, menyokong pembangkang khasnya pas dan menentang kerajaan adalah satu bentuk atau cara seseorang mantan bertaubat. Kalau dulu mereka pelahap dgn rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, jadi bila dah pencen, maka dgn menggasak kerajaan dan mengaku sokong pas , adalah satu bentuk taubat tu ( ajaran tersebut hanya ada dlm agama pas saja) harap maklum.

    ReplyDelete
  5. Dh tentu bila kau speeding melebihi had laju tu salah apa lagi nak challenge dlm mahkamah.....mahkamah dgn hakim zaman ni pun dh tk blh nk percaya sangat...bontot ank org dh terang2 kenastargon pun pesalah boleh lepas....ini dh lama hilang respek dgn hakim,lawyer dan segala yg bersangkutan dgn depa ni

    ReplyDelete
  6. aku selalu jugak bawak kete lalu depan kamera AES tu kat hiway Bangi-Kajang, tiap2 ari jugak. Tak pernah pun kene saman sebab aku bawak dalam 100 km/j je. kalau dah bawak macam orang gila memang la kene saman speeding, nak bising ape lagi x-peguam ni?? Zaman dia dulu takde AES, bawak macam pelesit pun takpe, itu yang dia marah sangat kot...

    ReplyDelete