Menurut sumber dalaman yang diberitakan kepada penulis, Ketua Pengarang tersebut yang dikenali sebagai 'R' mula berkhidmat dengan SPR sejak blog berkenaan mula beroperasi. Dari sebuah blog yang langsung tiada dalam kedudukan 'ranking', dengan hasil didik Anwar yang tanpa jemu memberikan tajuk-tajuk sensasi yang mana mampu menggugat kedudukan kerajaan yang ada sekarang, blog berkenaan pernah mencapai di'ranking' yang baik. Satu pencapaian yang amat membanggakan Anwar.
R juga mengakui bahawa dia sering bertemu dengan Anwar secara sulit, paling tidak pun berhubung melalui telefon tentang isu apa yang sesuai untuk menghentam kerajaan. Sebenarnya blog SPR adalah hasil idea rahsia antara Anwar dan R berdua.
Tiada sesiapa pun yang tahu walaupun Wan Azizah sendiri. Sebab itulah Wan Azizah pernah menafikan bahawa SPR bukan blog kendalian PKR tatkala timbul isu yang mampu menjejaskan partinya. Anwar sengaja berlakon membiarkan isterinya membuat penafian demi penafian tentang SPR, walhal beliau hanya tersenyum melihat isterinya diperbodohkan oleh rancanganya bersama R selama ini.
Seterusnya temubual d SINI
No comments:
Post a Comment