Sunday, December 9, 2012

HADI AWANG KECEWA MENANTU D TOLAK JADI CALON !!





"Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

"Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas," katanya.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.

"Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.

"Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.

"Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan," katanya.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri..

Seterusnya Bekas Pegawai Polis Berpangkat Datuk juga d tolak..baca d SINI

-gambar hias je tu...anak hj hadi yang lain ni hehe

No comments:

Post a Comment