Regim Khalid Ibrahim tidak menjaga kebersihan Selangor.
Barisan exconya tidur; poster menggambarkan YB Xavier Jayakumar.
Kawasan SS15 adalah nadi Subang Jaya, iaitu ‘ibu negeri’ alternatif Selangor di kacamata Selangor Times dan The Star.
Ia sebuah bandar yang begitu kotor sekali.
Sampah berselerak di merata-rata.
Menjengkelkan tapi bagi orang Pakatan ok bah
Kawasan-kawasan lain di Subang Jaya pun penuh sampah sarap.
Selangor bertimbun-timbun dengan sampah yang tidak dikutip. Jalanraya tidak disapu. Taman kanak-kanak semak dan tidak terurus. Nanti anak kena denggi pula.
Sejak Khalid Ibrahim dan barisan exco evangelis kesayangannya mengambil alih pentadbiran, boleh nampak negeri induk (flagship) pemerintahan Pakatan ini makin hari makin kotor.
Tikus janji boleh baiki labu
Malah bukan sekadar penghuni Subang Jaya yang mengadu tentang keadaan persekitaran tetapi budak-budak kolej pun rimas juga.
Tiga keping gambar (atas) dicedok daripada YouTube rakaman seorang penuntut Monash (rujuk pautan di kaki halaman).
Seorang lagi penuntut yang ditemuramah dalam video berkata beliau sudah lali dengan kehadiran tikus yang saiz hampir sehasta (ditunjukkannya betapa besar tikus baka Subang Jaya — gambar bawah).
Di samping itu, banyak lipas dan lain-lain serangga pembawa wabak penyakit berkeliaran.
Inilah tatakerja wartawan Si Gunting
Video temuramah dengan penuntut kolej tersebut dimuatnaik ke You Tube pada bulan Oktober 2012.
Dalam bulan yang sama, The Star telah berkali-kali mewawancara Adun Subang Jaya.
Okt 3: The Star memetik Hannah Yeoh sebagai berkata: “Residents … in Subang Jaya can enjoy better parking facilities with the upgrading of the road …”
Okt 15: “More than 500 residents came to witness the PPUSJ6 launch and unveiling of the PPUSJ6 logo by Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh.”
Okt 17: “Meanwhile Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh said she had checked with state exco for local government Ronnie Liu …”
Okt 18: “Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh said she had informed Selangor JKR to check …”
Okt 19: “Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh said she had received complaints from concerned motorists …”
Okt 29: ““The residents also face illegal dumping issues and are clueless about how to solve the problem,” she [Hannah Yeoh] said …”
Kalau penduduk “clueless about how to solve the problem”, bukankah wakil-wakil DAP – yang selalu dilaporkan dalam The Star dan Selangor Times sebagai begitu cekap dan tekun menangani masalah – ada sedia membantu?
Helena ada cerita lanjut d SINI
Di Klang pun sama juga,sampah sarap merata rata. Bandar klang semakin kotor. Jalan pula berlubang lubang disana sini. PRU 13, kita kubur kan Pakatan si haram jadah.
ReplyDelete