Persefahaman dalam perhubungan dan permuafakatan adalah elemen penting yang mampu menyelamatkan dan mengurangkan kes penderaan di kalangan wanita, kata Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sehubungan itu, segenap lapisan masyarakat tegasnya, wajar memikul tanggungjawab bagi memastikan keselamatan setiap wanita dan kanak-kanak perempuan sentiasa berada dalam keadaan terpelihara.
Tambahnya lagi, keganasan terhadap wanita tidak hanya berlaku di negara ini malah menjadi masalah sejagat yang melanda seluruh dunia.
Malah, fenomena tersebut juga dikatakan memberi impak negatif terhadap produktiviti dan ekonomi apabila kesannya menyebabkan wanita tidak berupaya untuk bekerja, kehilangan pendapatan dan sebagainya.
Bermula dengan kempen kesedaran serta pendidikan yang sempurna kepada masyarakat, sebarang bentuk keganasan dari segi fizikal mahupun seksual terhadap kaum Hawa dapat dihentikan.
“Khidmat bimbingan dan kaunseling yang disediakan melalui perkhidmatan Talian Nur bagi memudahkan orang awam termasuk mangsa keganasan rumah tangga membuat aduan dan pertanyaan,” katanya berucap merasmikan Kempen Say No – Unite To End Violence Against Women di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, sebentar tadi.
Hadir sama, Isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli dan Naib Canselor UPSI, Datuk Prof Zakaria Kasa.
Kempen cetusan idea Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon pada 2008 itu merupakan usaha mencegah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia.
Seterusnya, Rosmah berkata, sudah tiba masanya kempen yang dilancarkan di benua Afrika, Asia Pasifik, Latin Amerika dan Kepulauan Carribean itu kini dilancarkan Malaysia.
“Selepas dilancarkan, kempen ini berjaya mengumpul 5 juta tandatangan daripada masyarakat seluruh dunia sebagai tanda sokongan dan menyeru ianya dijadikan agenda utama kerajaan di seluruh dunia,” kata beliau lagi.
Isteri Perdana Menteri juga berkata, kerajaan Malaysia memandang serius terhadap keganasan rumah tangga yang berlaku dalam negara ini.
Justeru itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) katanya, mengambil beberapa pendekatan seperti meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 sebagai langkah menangani isu terbabit.
hah!!!wanita kena dera...apa yang telah rosmah laku kan..ooo rupanaya rosmah memgambil berat hal wanita dimalaysia pelbagai usaha dilakukan oleh rosmah demi melindungi wanita daripada menerima musibah mahu penderaan dan wajar memikul tanggungjawab bagi memastikan keselamatan setiap wanita dan kanak-kanak perempuan sentiasa berada dalam keadaan terpelihara.terima kasih rosmah
ReplyDeletemati2 aku ingatkan rosmah dera wanita tadi..apa pun terima kasih kepada rosmah kerana prihatin akan nasib kaum wanita di negara ini bagi mengelakkan mereka terus didera ataupun dianiaya..di mana ad hal2 berkaitan dgn kebajikan wanita,ibu tunggal,kanak2 nama rosmah mesti terselit sekali dgnnya sebagai insan yang sentiasa memebantu..rosmah layak untuk dijadikan ikon wanita malaysia..terima kasih rosmah krn prihatin akan kebajikan mereka..
ReplyDeletenampknya rosmah terus brjuang dan memartabatkn wanita dan meletakkan golongan itu di tempat yang sepatutnya..wlaupun tak henti2 dihujani oleh fitnah dari pembangkang rosmah tetap cool and steady jer, dia ttap truskan tgas dia sbgai FLOM....ya, tugas dia sbgai FLOM tp pmbgkang tkutkan rosmah mcm rosmah ni brkempen utk BN plak sdgkan dlam ucapan2 dia rosmah xprnh sntuh pn isu politik mahupun memuji2 BN..klau nak dibndgkan ngan jijah? apa yg dia ad..jijah mnjtuhkan martabat wanita lagi ada lah bila brsekongkol dgn peliwat dan pelanggan tegar cina dol.....
Delete