Saturday, November 24, 2012

PEJABAT KALID GAGAP D ROMPAK ?!!


Kenyataan Media GAPS

Worldwide Holdings Berhad dijual ? Rompakan harta Selangor disiang hari.

Selangor negeri kaya yang dibina oleh BN selama lebih 50 tahun kini menjadi medan lelongan dan rompakan harta yang banyak terkumpul.

Syabas kepada Menteri Besar yang rakyat kata menjadi peneraju kepada lelongan harta Selangor. Belum pun reda polemik penjualan 5 aset tetap PKNS yang akan dipindahmilikkan dan dihalalkan atas nama mengeffisienkan perniagaan, kini timbul pula satu skandal baru - penjualan Worldwide Holdings Berhad ?

Worldwide adalah anak syarikat penuh PKNS. Ia diperbadankan pada 29 Dec 1965, kemudian diampung di bursa saham Kuala Lumpur, sebelum dikeluarkan dari pasaran saham pada tahun 2008.

Worldwide kini mempunyai modal berbayar berjumlah RM 177.12 juta. Dari 6 orang pengarah, Worldwide kini cuma ada 2 orang pengarah.

Worldwide sangat aktif dalam perniagaan pembangunan, pengurusan dan pelaburan hartanah serta pengurusan alam sekitar. Worldwide ada sebanyak 87 kakitangan. Worldwide juga mempunyai 11 anak syarikat.

Lapuran Ketua Audit Negara 2010 menegur Menteri Besar agar menambahkan bilangan pengarah Worldwide bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusannya. Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Worldwide diaktifkan dan fungsinya diselaraskan dengan peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 tahun 1993.

Setelah dibina puluhan tahun oleh kerajaan BN, Worlwide mencatatkan pendapatan tahun sebanyak RM238 juta pada tahun 2008, RM149 juta pada tahun 2009, RM169 juta pada tahun 2010. Manakala keuntungan sebelum cukai Worldwide pada tahun 2008 adalah RM 100 juta, 2009 adalah  RM 79 juta dan 2010 adalah RM 93 juta.

Nyatalah dari pendapatan dan keuntungan besar ini Worldwide adalah anak emas negeri Selangor yang paling berjaya dalam perniagaan dan sekaligus menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan rakyat selangor.

Sidang DUN Selangor minggu ini dikejutkan dengan kenyataan ADUN Kuang yang Worldwide anak emas Selangor akan dijual atau dalam bahasa halusnya diambilalih atau dipindahmilik atau disusun semula pemegang sahamnya.

Apakah justikasi Menteri Besar dalam pemidahmilikan saham Worldwide ini? Kenapa mesti Worldwide, anak emas Selangor? Pelbagai soalan bermain dalam pemikiran rakyat selangor yang amat prihatin dengan pelbagai skandal yang wujud sekarang. Seperti skandal Talamgate, adakah ini rompakan harta Selangor disiang hari ?

GAPS menuntut menjelasan Menteri Besar dan Exco regim Pakatan Dap, Pkr dan Pas. Rakyat juga menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan Menteri Besar dalam menjaga amanah khazanah negeri Selangor yang kaya raya.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
23 Nov 2012

No comments:

Post a Comment