Friday, November 23, 2012

KELANTAN !! BERNIAGA GANJA D MASJID ?! HOHOHO NIK AZIZ TAHU KE TAK NI...


KOTA BHARU - Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki ganja seberat 7.60 gram di sebuah masjid di Sungai Keladi di sini Isnin lalu.

Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Mereka ialah Mohd. Salman Ab. Rahman, 37, Khairul Anuar Mohd. Bajuri, 41, Abdullah Ghazali, 22, Shaifulizan Alias, 37, dan Abdul Halim Sabri, 30.

Mohd. Salman merupakan seorang peniaga barangan bundle dari Kuala Lumpur, Khairul Anuar (pekerja kilang dari Johor Bahru) dan Shaifulizan pemotong rumput dari Ipoh, Perak.

Abdullah pula bekerja sebagai kelindan lori dan Abdul Halim seorang buruh masing-masing berasal dari sini.

Menurut pertuduhan, mereka dituduh secara bersama memiliki dadah jenis ganja (kanabis) seberat 7.60 gram di Masjid Kampung Tanjung Chat, Sungai Keladi pada pukul 11.45 malam 19 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan 6 Januari depan untuk sebutan kes.

No comments:

Post a Comment