Sunday, November 25, 2012

FOTO PM SOLAT HAJAT & DOA...SUPERIMPOSE !!



Najib Tun Razak (tengah) bersama anak beliau, Ashman Najib mengaminkan doa selepas solat Jumaat dan solat hajat memohon kesejahteraan Palestin di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 23 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan bacaan qunut Nazilah serta solat hajat bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang berdepan dengan kekejaman Israel di Masjid Putra, di sini hari ini.

Perdana Menteri dan para jemaah turut mendengar khutbah Jumaat khas yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat bertajuk Tangisan Gaza.

Usaha itu selaras dengan gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin supaya semua masjid dan surau mengadakan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin.

Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, di samping mencederakan ratusan yang lain.

Beberapa menteri Kabinet turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan pegawai kanan kerajaan yang lain.

Khutbah yang dibaca Abdul Manaf turut menyentuh kekejaman Israel yang mencabuli Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai jenayah perang dalam Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-orang Awam Semasa Perang.

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin.

"Bantuan kepada mereka boleh dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah memberi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan rejim Israel dihalau keluar daripada negara Palestin.

"Sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik," ujarnya.

Sementara itu, di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, perkara yang sama turut dilakukan untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara bergolak itu.

-SUPERIMPOSE !! TU LAH GAMOKNYA PUOK KERA AKAN KATA !!

-utusan

1 comment: