Assalamualaikum wb, Salam kemenangan kerana kembali kepada FITRAH di bulan Syawal yg mulia ini semoga segala amal yg kita laksanakan sepanjang siang dan malam sebulan Ramadhan tahun ini diterima Allah.
Semoga kita termasuk di dalam kumpulan yg di Isytiharkan Nabi Saw yg bermaksud " Barang siapa yg Berpuasa dengan Imanan Wahtisaban, diampunkan dosanya. Amin Ya Allah.
GAP telah menamakan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebagai sebuah organisasi menjaga anak-anak yatim dan Miskin termasuk yg berjaya, dalam blognya. Mewakili keluarga besar YBK saya mengucapkan terima kasih atas pengiktirafan yg amat tinggi dari GAP dan pembaca yg sudi membacanya.
Program yg dipelopori oleh Yb Ds Rosmah itu telah pun di cadangkan oleh YBK pada tahun 1995, namun oleh kerana ketidak mampuan YBK kerana ianya melibatkan kewangan yang besar jumlahnya disamping tidak mendapat dokongan mana-mana pihak diwaktu itu maka dianya , jadi sejarah.
YBK melihat Takaful ini amat bermunafaat jika dilaksanakan pada waktu itu satu proposal projek One Persen Club telah diangkat kepada Menteri Kewangan memohon supaya syarikat berjaya mewakafkan 1% dari keuntungan kepada satu badan dibawah kementerian Kewangan dan wang ini akan di munafaatkan untuk progrem2 Pembasmian Kemiskinan secara terancang dan bermatlamat.
Termasuk menggunakan dana ini untuk menginsurankan ketua isi rumah dan tabungan pendidikan anak-anak mereka di gembeling dari dana ini. Malangnya setelah diseminarkan, dipersetujui pakar-pakar ianya tidak dapat keputusan muktamat dari kementerian Kewangan. Maka kesah ONE Persen Club hanya jadi cita-cita orang-orang yg ada cita2 tapi tak memiliki kuasa gagal di munafaatkan.
YBK disebut sebagai sebuah Badan yang berjaya menjaga anak-anak yatim dan Miskin dan Ds Rosmah disaran supaya bersama YBK untuk mementapkan gerakan ini.
YBK ingin mengistiharkan bahawa penglibatan DS Rosmah dengan aktiviti anak- anak Yatim ini bukan baru ketika DS Najib Menteri Pertahanan DS Rosmah selaku Setiausaha BAKTI pada waktu itu telah membawa Isteri Perdana Menteri DS Siti Hasmah melawat asrama anak Yatim YBK di Serendah, Pusat Latihan Kemahiran YBK di Sg Selisek dan di Kuala Selangor, seterusnya melawat Desa Kaseh Merbau Berdarah di Sg Besar Sabak Bernam sehari suntuk.
Kali kedua sokongan DS Rosmah telah mengiringi pula DYMM Permaisuri Agong mencemar duli melawat Asrama Kaseh YBK di Serendah, sehingga kini tiap-tiap tahun DS Rosmah telah memberikan belanja Raya kepada anak -anak didua asrama YBK yg beroperasi dan aktibiti ini terus berjalan tanpa di war-warkan dengan permintaan beliau sendiri
Kerana itu tidaklah keterlaluan jika YBK memang memandang tinggi penglibatan DS Rosmah dalam kerja2 Kebajikan ini dan YBK akan isentiasa ingin bekerja dengan beliau .
Bukan kerana beliau isteri Perdana Menteri tapi lebeh dari itu kerana istiqamahnya beliau dng kerja2 kebajikan ini, kesibukannya sebagai isteri PM . Tak lupa anak2 asrama dijemput berbuka di Seri Perdana menyebabkan beliau sentiasa dihati anak-anak.
Kesah dan cerita begini mungkin tidak berapa disukai DS Rosmah namun YBK berpendapat lebeh banyak badan- badan amal patut bangun menceritakan sendiri kesah benar ini supaya rakyat tidak terperangkap dengan persepsi2 negatif yg cuba di suap dan dipaparkan oleh kumpulan, puak dan individu yg ada agenda untuk memberi gambaran songsang kepada beliau.
Dato' Zainal Abidin Hj Sakom JP,
Pengerusi
Yayasan Basmi Kemiskinan
No 32 & 34' SS 7/24
Kelana Jaya.
No comments:
Post a Comment