Sunday, September 9, 2012

LAWATAN ISTERI PEMIMPIN No1 NEGARA !! ADA "PERKARA" YANG D SEMBUNYIKAN !!


Pihak yang mengkritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang diperuntukkan oleh kerajaan. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata lawatan isteri Perdana Menteri ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini, dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan Kabinet


Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, isteri anggota pentadbiran dibenarkan untuk mewakili suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara, asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan. 


Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikai lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai Rosmah ke tiga negara terbabit. 

"Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecil dan memfitnah orang-orang yang berkenaan," katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Rais berkata, ada pihak-pihak terutama pembangkang yang tidak mengetahui alur serta peraturan pentadbiran negara dengan menganggapnya 
sebagai sesuatu di luar keadaan yang dibenarkan. 


Menyentuh lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata, Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan. 

"Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan 
Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara," katanya.



LIhat d PERAK TODAY beberapa aktiviti DS Rosmah di luar negara, samada mengikuti PM atau pergi atas jemputan.

1 comment: