Sunday, September 9, 2012

BANTU POLIS !! GADIS D ROGOL BERGILIR..SEBARKAN FOTO PEROGOL !!


D. Som Sak menunjukkan gambar dua suspek, Musa Shaharum (kanan) dan Mohd. Shahril Kamaruddin untuk membantu siasatan kes rogol seorang remaja pada sidang akhbar di IPD Tapah, Perak, semalam. - BERNAMA


TAPAH 7 Sept. - Temu janji pertama seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan seorang lelaki yang baru tiga hari dikenalinya bertukar mimpi ngeri setelah dia dirogol bergilir-gilir oleh lelaki tersebut bersama dua lagi rakannya di sebuah rumah di Kilometer 52.8 di Kampung Muhibbah di sini.

Pada hari kejadian Isnin lalu, mangsa diajak keluar makan pada pukul 8.30 malam oleh suspek yang dikenalinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ketua Polis Daerah, Supritendan D. Som Sak berkata, selepas selesai makan, suspek tidak menghantar remaja itu pulang ke rumah sebaliknya memujuk mangsa yang juga pelajar di sebuah sekolah di sini untuk beraya di sebuah rumah di Kampung Muhibbah.

"Dalam perjalanan untuk ke sana, suspek mengambil dua lagi rakannya di kawasan Tapah dan kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah kosong milik seorang rakannya di kampung itu.
"Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam bilik dan dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Som Sak, mangsa berjaya melarikan dari rumah tersebut dan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kira-kira pukul 2.42 pagi.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Tapah kemudian pergi mendapatkan mangsa dan menyerbu lokasi kejadian tetapi ketiga-tiga suspek sudah melarikan diri.
Menurut beliau, polis menghantar mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk membuat pemeriksaan dan laporan perubatan.

Som Sak berkata, mangsa berjaya mengecam dua daripada tiga perogol tersebut dan polis sedang menjalankan usaha menjejaki kesemua suspek.

Katanya, polis sedang mengesan dua lelaki iaitu Mohd. Shahril Kamaruddin atau nama panggilannya 'Pailang' memegang kad pengenalan bernombor 890904-08-5033 dan beralamat di Nombor 22C, Kampung Rebai, Jalan Pahang di sini.

Turut dikehendaki, rakannya Musa Shaharum, memegang kad pengenalan bernombor 740126-08-5833 dan beralamat di Nombor 33, Kampung Bermin, Jalan Pahang.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki itu diminta menghubungi IPD Tapah di talian 05-4015222 atau SMS Rakan Cop 32728 atau mana-mana balai polis berdekatan.

No comments:

Post a Comment