Saturday, August 25, 2012

KRISIS HUDUD HANYA LAKONAN !!? KATA PUTUS DARI ANWAR !!



Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan.  
Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain 
dengan kata-kata.  Sedangkan, umum sedia maklum bahawa hudud tetap 
tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun perkataan 
yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin 
melaksanakannya.  

Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka 
dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP 
apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi 
menyebut tentang hudud.  

Apapun, kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan 
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri atau 
Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.  

Hari ini, Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada 
dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR 
sekiranya mereka memerintah negara nanti.  Alasan Anwar lagi, hudud tidak 
akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.  

Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup 
mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup 
merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP.  

Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya 
PR memerintah.  Noktah.  

Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua 
pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera.  
Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam 
laman-laman sosial.  
Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah 
lakonan yang sia-sia.  

Drama yang meleret-leret amatlah menjengkelkan dan tidak mustahil jika 
drama ini tidak ditamatkan segera akan mengakibatkan semakin ramai yang 
meninggalkan PAS di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.  

No comments:

Post a Comment