Selepas Nizar mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Johor berhubung nombor WWW1, kini giliran Hadi Awang pula menghina Johor dengan umpamakan negeri itu seperti "ekor cicak".
Sebelum ini Hadi Awang pernah juga menghina masyrakat Sarawak pakai cawat lagi dalam pilihan raya kecil Manek Urai.
Kali ini Hadi Awang menghina Johor pula. Abdul Hadi menyatakan rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti ‘ekor cicak’.
“Johor akan jadi macam ekor cicak... ekor cicak kita taulah macam mana jika putus...macam tulah juga Johor jika tidak berubah," katanya.
Katanya, sekarang ini sudah banyak negeri, termasuk anggota polis dan tentera yang berubah beri sokongan kepada pakatan pembangkang.
"Ramai telah berubah sekarang ini, termasuk tentera dan polis, tetapi Johor tidak berubah. Ini membuatkan Johor ketinggalan," katanya (baca sini).
Jangan disalahkan pihak media putar belit dan tuduh orang lain pula selepas ini. Hadi Awang perlu akui dan minta maaf secara terbuka kepada rakyat Johor berhubung kenyataan "ekor cicak" ini.
No comments:
Post a Comment