Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau mendakwa tindakan Kerajaan Negeri itu adalah untuk mengelirukan rakyat kerana sepatutnya mereka berusaha mengenal pasti di mana 600,000 orang yang tidak berdaftar berbanding mempertikaikan jumlah 300,000 orang pengundi baru itu.
Katanya, agak menghairankan mengapa Kerajaan Negeri tidak berpuas hati penambahan 300,000 pengundi baru sedangkan masing-masing tidak mengetahui siapakah yang akan dipilih mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Noh berkata, sekiranya PR benar-benar mahu menegakkan demokrasi, maka sepatutnya mereka membantu mengenal pasti di mana 600,000 pengundi belum berdaftar itu supaya rakyat negeri ini dapat menjalankan hak sebagai pengundi.
Malah Noh mempertikaikan mengapa Kerajaan Negeri tidak membuat bantahan ketika tempoh bantahan sedangkan didakwa mempunyai bajet sebanyak RM1 juta untuk tujuan itu.
“Jadi kita ingatkan lebih awal kepada rakyat negeri ini sekiranya ada mana-mana pihak yang mengedarkan borang-borang nak buat kaji selidik ini maka jangan layan kerana mereka tidak ada kuasa,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Politeknik Shah Alam di sini semalam.
Menurutnya, beliau mencabar Kerajaan Negeri untuk melakukan kaji selidik di mana 500,000 orang yang belum mendaftar sebagai pengundi itu.
Katanya, beliau percaya Kerajan Negeri sudah merasakan bahang kekalahan pada PRU akan datang maka mereka cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap BN dan SPR.
“Mereka (Kerajaan Negeri) dah mula rasa akan kalah jadi mereka nak beri gambaran negatif terhadap SPR kononnya PRU tidak adil.
“Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan berlaku huru hara serta mendapat perhatian antarabangsa,” katanya.
Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan 94,474 borang Kaji Selidik Daftar Pengundi melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas.
Katanya, tujuan kaji selididik tersebut dijalankan adalah untuk membuktikan kepada SPR bahawa wujudnya pengundi hantu berdasarkan peningkatan luar biasa pengundi baru.
tqkgc
+ comments + 1 comments
dia terlupa yang peningkatan tersebut juga disebabkan oleh kempen parti-parti politik juga termasuk PKR sendiri. Cuma dalam PR, PAS di tempat pertama, DAP di tempat kedua dan PKR ditempat ketiga dari segi jumlah pendaftaran pengundi baru.
Di dalam BN pula, kalau digabungkan jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh MCA dan MIC saja sudah tidak mampu untuk menandingi PKR.
Post a Comment