Thursday, June 7, 2012

HIWAY RAKYAT KELANTAN !! NIK AZIZ & REGIMNYA MULA TERIMA SUMBANGAN !! KAH KAH KAH !!


KOTA BHARU – Kira- kira 300 orang berkumpul secara aman di di sini Rabu bagi menyerahkan memorandum yang mengandungi banyak “tanda tanya” berhubung pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Kai, kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Mereka yang mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu berkumpul lebih sejam mulai 10.30 pagi di pintu masuk Kompleks Kota Darul Naim dengan membawa kain rentang dan sepanduk antaranya berbunyi ‘Kerajaan Batu Asas’, ‘Selesai Air Dulu’, ‘Manisnya Janjimu’ dan ‘Rakyat Derma Doh, YB dan Exco Bila Lagi’. Kompleks itu menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar.

 Kumpulan itu turut membawa peralatan seperti kereta sorong, cangkul, penyodok dan penyapu sampah untuk Nik Abdul Aziz sebagai sindiran terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu.  

Memorandum dan peralatan tersebut diserahkan wakil kumpulan itu, Kamaruddin Mohd Kasim kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Fazli Shaari yang mewakili Nik Abdul Aziz. Sementara itu, Kamarudin berkata, derma tersebut adalah untuk membantu kerajaan Pas Kelantan untuk menyiapkan projek-projek yang dijanjikannya sebelum ini.

 “Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz memohon derma daripada rakyat dan meminta kita bergotong-royong menjayakan projek lebuh raya baru menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai maka hari ini ini kita datang menderma.

 “Tetapi derma ini bukan untuk projek lebuh raya itu sebaliknya kita berikan secara ikhlas untuk Kerajaan Pas Kelantan memulakan kerja membina pelbagai projek yang turut dijanjikan sebelum ini tetapi sudah 22 tahun masih tidak dilaksanakan.

 “Insya Allah selepas ini kalau mereka kata derma ini tidak cukup maka kita akan melancarkan tabung kutipan bagi membantu mereka dalam soal kewangan kerana janji tetap janji dan ia mestilah ditunaikan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.

-Detik Perubahan

No comments:

Post a Comment